BKJ perlu ditambah baik, bukan sekadar ‘asal agih’ – Sheikh Omar

AYER HITAM – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali menegaskan pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) perlu ditambah baik supaya lebih cekap, tersusun dan berperikemanusiaan, bukannya sekadar memenuhi acara rasmi atau publisiti politik.

Menurut beliau, tujuan utama bantuan kerajaan adalah untuk memudahkan rakyat yang memerlukan, namun beberapa insiden berkaitan agihan BKJ baru-baru ini menunjukkan masih terdapat kelemahan ketara, khususnya apabila melibatkan golongan warga emas.

Katanya, persoalan timbul sama ada sistem pengagihan sedia ada benar-benar mengambil kira keselesaan penerima atau lebih tertumpu kepada aspek penganjuran program dan publisiti.

Beliau mengakui setiap kerajaan lazimnya mahu mendapat penghargaan atau nilai politik daripada program bantuan yang dilaksanakan, namun ia tidak sepatutnya mengorbankan keselesaan rakyat.

“Bantuan rakyat tidak seharusnya dijadikan acara yang menyulitkan penerima hanya demi memenuhi atur cara rasmi atau menghasilkan gambar politik yang cantik,” katanya.

Sheikh Omar berpandangan kaedah pemberian tunai secara fizikal sudah tidak lagi sesuai dalam konteks semasa, memandangkan kerajaan kini mempunyai akses kepada sistem perbankan dan data digital yang lebih baik.

Beliau berkata, warga emas tidak wajar dipanggil hadir ke dewan tertentu semata-mata untuk menerima bantuan RM200 secara tunai, sedangkan terdapat kaedah lebih moden dan efisien seperti pengkreditan terus ke akaun penerima.

Menurutnya, pengalaman kerajaan negeri sebelum ini menunjukkan bantuan boleh diagihkan secara lebih tersusun melalui institusi perbankan, sama ada menerusi tuntutan di cawangan bank berhampiran atau pemindahan terus ke akaun penerima.

Katanya, pendekatan sedemikian bukan sahaja lebih cepat dan selamat, malah memberi lebih maruah kepada rakyat, terutama golongan warga emas.

Beliau turut membangkitkan isu pengurusan masa dan kecekapan pelaksanaan apabila terdapat aduan penerima hadir seawal pagi tetapi terpaksa menunggu berjam-jam sebelum proses agihan bermula.

Situasi itu, katanya, memperlihatkan kelemahan dari sudut pengurusan serta kurangnya sensitiviti terhadap keperluan rakyat yang sebahagian besarnya terdiri daripada warga emas dengan masalah kesihatan dan pergerakan.

“Program bantuan seharusnya dibuat secara ringkas, cepat dan tersusun. Tidak perlu menghimpunkan warga emas terlalu lama hanya kerana mahu melengkapkan acara pentas atau sesi fotografi politik,” ujarnya.

Dalam masa sama, Sheikh Omar turut menekankan isu kelayakan penerima yang menurutnya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum bantuan diumumkan secara besar-besaran.

Beliau berkata, rungutan mengenai senarai penerima yang tidak lengkap dan mengelirukan menimbulkan persoalan terhadap ketepatan data kerajaan negeri.

Dalam beberapa kes, katanya, hanya ketua isi rumah disenaraikan, manakala pasangan warga emas yang turut layak tercicir daripada rekod sedia ada sehingga memaksa mereka membuat rayuan selepas program dilancarkan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan memastikan pangkalan data penerima benar-benar kemas, lengkap dan boleh dipercayai agar bantuan tidak diurus secara tergesa-gesa.

Tambahnya, rakyat bukan sahaja menilai bantuan berdasarkan jumlah wang diterima, tetapi turut melihat bagaimana kerajaan mengurus, melayan dan menghormati penerima bantuan.

Beliau menyifatkan BKJ sebagai satu inisiatif yang baik, namun pelaksanaannya perlu lebih mesra rakyat agar matlamat sebenar membantu golongan memerlukan dapat dicapai dengan lebih berkesan.

  • Related Posts

    Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

    TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

    LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

    • By Ithma
    • October 11, 2026
    Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

    Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

    • By Ithma
    • October 11, 2026
    Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

    Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

    • By Fatin
    • October 11, 2026
    Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

    Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

    Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

    Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

    • By Fatin
    • October 11, 2026
    Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

    Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

    • By Fatin
    • October 11, 2026
    Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak