Mekanik mengaku tidak bersalah miliki 5 senjata api, peluru tanpa permit

BALING – Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen atau permit sah, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd. Shahifuldin Mohd. Shahiran, 46, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki dua pucuk pistol model Colt UTC/TIC kaliber .45 bersama satu kelopak dan Forjas Taurus S.A PT 24/7 kaliber 9mm (milimeter) bersama kelopak tanpa lesen atau permit sah serta sepucuk pistol tiruan.

Pendakwaan bagi pertuduhan memiliki pistol dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan membabitkan pistol tiruan, dia didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Mohd. Shahifuldin berdepan dua pertuduhan iaitu memiliki dua laras senapang angin serta sebutir peluru berwarna emas bertulis WW 9mm Luger, sebutir peluru warna emas SME 9mm 7-08 dan 17 butir peluru berwarna perak/emas bertulis A USA 45 Auto tanpa lesen atau permit sah.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua pertuduhan didakwa dilakukan tertuduh di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Kampung Siput, Siong di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 1 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Nursyafina Baharudin.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh sebelum menetapkan 12 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

The Malaysia Press (TMP) pada 5 Mei lalu melaporkan seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling mendakwa menyimpan senjata api itu sebagai koleksi peribadi.

Polis kemudian menemukan selaras senapang patah, sepucuk pistol tiruan dan lebih 180 butir peluru yang disembunyikan di dapur dan loteng sebuah rumah di sini hasil serbuan susulan.

Related Posts

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu