Tragedi renjatan elektrik: KPM keluar arahan segera tingkat keselamatan sekolah

LIMBANG – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarahkan segera melakukan pemeriksaan rapi terhadap tahap keselamatan kawasan sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu diambil susulan insiden tragis membabitkan seorang pelajar maut yang dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Sarawak, baru-baru ini.

Menurut beliau, pihak pengurusan sekolah perlu bertindak segera mengenal pasti sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan warga pendidik dan pelajar termasuk kerosakan pendawaian, keadaan longkang, kawasan tidak rata, objek tajam serta lokasi berbahaya yang lain.

Tegas beliau, isu keselamatan sama sekali tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan soal nyawa pelajar dan warga sekolah secara keseluruhannya.

“Peristiwa ini amat menyedihkan dan saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Walaupun kejadian tersebut tidak dijangka, ia menjadi peringatan penting supaya aspek keselamatan sekolah sentiasa diberi perhatian serius,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Tindak Susul Parlimen (TSP) Siri 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) Limpaku Pinang pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fadhlina memaklumkan KPM kini dalam proses memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan sekolah dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi memastikan piawaian keselamatan yang dilaksanakan lebih berkesan.

Tambah beliau, semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut diarah untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam memantau kerja-kerja penyelenggaraan, sekali gus memastikan persekitaran sekolah sentiasa berada pada tahap yang selamat.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Empat maut, manakala seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga cedera parah dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro pada Rabu.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula