Malaysia sah siar Piala Dunia 2026 menerusi RTM, Unifi TV

PUTRAJAYA – Kerajaan mengesahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di negara ini, sekali gus memastikan akses tontonan lebih meluas kepada rakyat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelantikan itu membolehkan peminat bola sepak tempatan mengikuti kejohanan berkenaan melalui pelbagai saluran, termasuk siaran percuma dan platform digital.

“Kerajaan mengambil pendekatan kerjasama strategik bersama sektor swasta bagi memastikan kualiti penyiaran yang lebih baik selain memperluaskan capaian kepada penonton di seluruh negara,” katanya pada sidang media mingguan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyaksikan perlawanan melalui siaran Free-to-Air (FTA) di MYTV Broadcasting selain platform penstriman RTMKlik dan Unifi TV.

“Kesemua 104 perlawanan sepanjang kejohanan itu akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM pula akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.

“Program grandstand khas berkaitan Piala Dunia FIFA 2026 akan diterbitkan dari Angkasapuri Kota Media dengan penyampaian utama dalam Bahasa Melayu serta sebahagian kandungan dalam Bahasa Inggeris.

“Perkembangan terkini dan liputan kejohanan itu juga akan dipaparkan menerusi program Selamat Pagi Malaysia sepanjang temasya berlangsung.

“Pendekatan ini memberi lebih banyak pilihan tontonan kepada peminat bola sepak tempatan, selain memastikan akses kandungan sukan premium tidak terhad kepada pelanggan platform tertentu sahaja,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, beberapa penaja utama sedang dikenal pasti dan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat bagi menyokong siaran kejohanan berkenaan.

“Kerajaan membelanjakan sekitar RM24 juta untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia 2026 ini,” tambahnya.

Related Posts

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bercadang membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan keahlian parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) gugur secara automatik susulan hasrat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

Kes denggi makin membimbangkan, gotong-royong mega Aedes bakal dilaksana

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial