BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan rakyat apabila mengumumkan pelaksanaan 22 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat dengan nilai keseluruhan melebihi RM170 juta.

Pengumuman ini sekali gus membuktikan bahawa peningkatan hasil negeri disalurkan semula kepada rakyat, dengan lebih 600,000 Bangsa Johor bakal menerima manfaat daripada pelbagai bentuk bantuan yang disediakan.

Sebanyak RM138 juta diperuntukkan khusus bagi pelaksanaan BKJ Fasa Keempat, dengan fokus utama mengurangkan beban kos sara hidup selain memperkukuh sokongan kepada komuniti, institusi sosial dan penggerak ekonomi kecil di seluruh negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan negeri komited memastikan hasil negeri yang meningkat dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui pelbagai inisiatif bersasar.

“Pelaksanaan BKJ ini adalah antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup,” katanya.

Golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas merupakan penerima terbesar apabila seramai 307,000 individu menerima bantuan sekali bayar RM200 melibatkan peruntukan RM61.4 juta. Turut menerima manfaat ialah 136,000 suri rumah tidak bekerja (RM27.2 juta) serta 45,000 pasangan yang berkahwin kali pertama bagi tahun 2024 dan 2025 (RM18 juta).

Kerajaan negeri turut menyediakan bantuan ‘one-off’ RM300 kepada 30,000 penjaja dan peniaga kecil berdaftar (RM9 juta), selain bantuan RM150 kepada murid orang kurang upaya (OKU) (RM3.4 juta) dan RM200 kepada anak yatim di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (RM2.4 juta).

Selain itu, bantuan turut disalurkan kepada ketua isi rumah miskin berdaftar eKasih, pemandu bas dan van sekolah serta penerima bantuan am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sokongan turut melibatkan institusi keagamaan termasuk jawatankuasa masjid dan surau, pegawai agama, serta petugas keselamatan dan pembersihan fasiliti berkaitan.

Dalam masa sama, pelbagai kumpulan komuniti dan sukarelawan seperti pengusaha rumah inap, penggali kubur Islam, pasukan keselamatan sukarela serta persatuan belia turut menerima manfaat melalui inisiatif ini.

Kerajaan negeri juga tidak mengetepikan sektor sukan dengan menyalurkan bantuan kepada persatuan sukan negeri, atlet serta pegawai SUKMA 2026, selain menyediakan insentif kepada atlet yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Terdahulu, beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, hari ini.

Langkah ini memperlihatkan pendekatan inklusif Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan, selaras dengan aspirasi membina negeri yang makmur dan sejahtera.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun