Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

KANGAR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perlis, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk keahlian berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang panjang, teliti dan mendalam terhadap peranan serta hala tuju perjuangan yang ingin dibawanya sebagai pemimpin muda.

Menurutnya, sepanjang bersama parti itu, beliau berusaha menyumbang kepada pembangunan organisasi, memperkukuh suara anak muda serta mendekati masyarakat melalui pelbagai inisiatif khususnya dalam bidang kesihatan dan kebajikan rakyat.

“Namun demikian, saya melihat terdapat jurang yang semakin ketara antara prinsip perjuangan yang saya pegang dengan pendekatan serta keutamaan semasa dalam landskap politik yang sedang dilalui.

“Kepimpinan bukan sekadar soal kedudukan, tetapi soal keberanian untuk kekal berpegang kepada prinsip, integriti dan tanggungjawab terhadap rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengambil keputusan untuk mengundur diri sebagai ahli AMANAH, Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perlis, Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Kangar serta Ketua Biro Kesihatan Pemuda Nasional parti berkenaan.

Tambahnya, langkah tersebut juga bagi memberi ruang kepada kepimpinan lain meneruskan agenda parti, di samping membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada usaha yang lebih dekat dengan masyarakat dan selari dengan prinsip perjuangannya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh pimpinan, rakan seperjuangan serta anggota parti di semua peringkat atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau turut memohon maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan sepanjang memegang amanah, selain mendoakan agar AMANAH terus maju dalam memperjuangkan aspirasi rakyat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula