Malaysia sedia bina ekosistem AI, kurangkan kebergantungan luar

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melangkah lebih jauh dengan membangunkan keupayaan sendiri dalam teknologi kecerdasan buatan (AI), sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan semata-mata, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau menegaskan, pembangunan keupayaan domestik itu penting bagi memastikan negara mampu memperkukuh ekosistem AI serta meningkatkan daya saing di peringkat global yang semakin kompetitif.

“Malaysia bukan sekadar pengguna AI, tetapi kita perlu bina keupayaan sendiri, kukuhkan ekosistem dan bersaing pada peringkat global,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi berkata, beliau menghadiri majlis pelancaran Pusat Inovasi dan Makmal AI Huawei bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di ibu negara, semalam.

Menurut beliau, aspek keselamatan siber akan terus diberi keutamaan bagi memastikan agenda transformasi digital negara dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang selamat dan diyakini.

Kemudahan baharu yang dibangunkan oleh Huawei itu akan berfungsi sebagai hab serantau bagi menyokong keperluan Asia Pasifik, selain menjadi platform pemangkin inovasi teknologi.

Dengan keluasan 13,638 kaki persegi, pusat berkenaan menyediakan ruang untuk mempamerkan penyelesaian teknologi terkini serta menyokong pelbagai aplikasi dalam transformasi digital dan tenaga.

Dalam masa sama, makmal itu dijangka memperluas kerjasama antara industri dan institusi pendidikan, sekali gus mempercepat pembangunan bakat tempatan dalam bidang AI serta mengukuhkan ekosistem inovasi negara.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok