Catat kutipan cukai tertinggi RM203.9 bilion bukti kecekapan HASiL

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mencatat kutipan cukai tertinggi dalam sejarah negara sebanyak RM203.991 bilion bagi tahun 2025, sekali gus membuktikan kecekapan sistem percukaian negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM19.186 bilion atau 10.38 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Hasil daripada prestasi kutipan yang lebih kukuh, kerajaan dapat memperuntukkan tambahan dana bayaran balik cukai sebanyak RM11.4 bilion kepada pembayar cukai syarikat yang tertunggak, sekali gus menyelesaikan komitmen lampau secara lebih tersusun dan telus.

“Sesungguhnya sistem percukaian yang baik bukan sekadar cekap mengutip, tetapi juga adil dan saksama,” katanya.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, pada Majlis Sambutan Hari HASiL ke-30 Tahun 2026 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; serta Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, HASiL perlu terus memperkukuh keupayaan analitik serta memperluas pelaksanaan pendigitalan.

Menurut beliau, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi moden perlu diperkasa bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan ketirisan serta memudahkan pematuhan dalam kalangan pembayar cukai.

“Dalam masa yang sama, perkhidmatan kepada rakyat dan perniagaan mesti terus dipermudah, dipercepat dan diperkemas.

“Matlamatnya bukan sekadar kutipan cukai yang lebih tinggi, tetapi sistem percukaian yang lebih adil, telus dan diyakini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa cukai bukan sekadar kewajipan undang-undang, sebaliknya merupakan amanah bersama yang membolehkan negara membiayai sektor pendidikan, kesihatan, perlindungan sosial dan pembangunan.

“Justeru, hasil negara mesti diurus dengan amanah, integriti dan ketelusan,” katanya.

Related Posts

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan komitmen dan dasar nasional, bukan lagi dilihat sebagai isu sektoral membabitkan Sabah dan Sarawak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak