Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

ALOR SETAR – Sebahagian bangunan Balai Polis Kepala Batas, di sini yang melibatkan bilik server musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari oleh seorang anggota yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan.

Anggota terbabit kemudian menghubungi Ketua Polis Balai bagi mendapatkan bantuan awal serta mengambil langkah segera mengawal keadaan sementara menunggu ketibaan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.56 pagi.

Katanya, panggilan daripada Pusat Gerakan Polis negeri memaklumkan berlaku kebakaran melibatkan bilik ‘standby’ anggota dan memerlukan bantuan bomba.

“Susulan itu, pasukan dari BBP Alor Setar bergegas ke lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan Kelas A premis kerajaan.

“Kebakaran turut melibatkan peralatan sekatan jalan raya yang disimpan di dalam bilik server,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang kira-kira 30 meter dengan satu pancutan salur bantu mula menggunakan sumber air dari tangki jentera.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.15 pagi sebelum kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” ujarnya.

Tambahnya, anggaran kemusnahan adalah kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan ruang bilik berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Posts

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

PUTATAN – Tiga program berprestij yang dilaksanakan secara serentak oleh SMK Outstanding menjadi platform memperkasa potensi pelajar dalam bidang sains dan teknologi, keusahawanan serta aktiviti kemasyarakatan. Menteri Kerja Raya Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR