‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Warga Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan diseru agar terus bekerja keras dan berkhidmat kepada masyarakat dalam usaha memperkukuh pembangunan sektor agromakanan negeri.

‎Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, komitmen berterusan daripada semua peringkat jabatan dan agensi amat penting bagi memastikan segala perancangan yang dirangka dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar di peringkat akar umbi.

‎”Kejayaan yang dicapai setakat ini adalah hasil usaha kolektif seluruh warga kementerian termasuk Setiausaha Tetap, timbalan, ketua jabatan serta agensi di bawahnya.

‎“Saya bersyukur kerana segala usaha kita dipermudahkan oleh Tuhan Yang Maha Esa dan amat menghargai sokongan semua pihak yang terus komited memajukan sektor pertanian, perikanan dan industri makanan Sabah,” katanya.

‎”Saya ingin mengingatkan bahawa peranan kementerian bukan sekadar merancang dasar, tetapi memastikan pelaksanaan program benar-benar memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan petani, nelayan dan penternak.

‎“Maksudnya tugas tuan-tuan sebagai pengarah, ketua agensi dan pengurus pusat adalah memastikan apa yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik demi kepentingan rakyat,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian berkenaan di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Jamawi menegaskan, usaha berterusan perlu diperkukuh melalui kerjasama erat dengan semua kumpulan sasar dalam sektor agromakanan.

‎“Teruskan kerja kuat, teruskan bersama masyarakat, bersama petani, nelayan, penternak dan semua pengusaha dalam sektor ini.

‎”Pendekatan turun padang dan memahami keperluan sebenar golongan sasar perlu menjadi amalan berterusan bagi memastikan dasar yang digubal kekal relevan,” kongsinya.

‎Hadir sama pada majlis ialah Pembantu Menteri MAFFI I dan II, Datuk Ruslan Muharam dan Datuk Hendrus Anding; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Jumain Abdul Ghani; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Pengerusi-Pengerusi Agensi di bawah MAFFI dan Ketua-ketua Jabatan.

Related Posts

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

KUCHING – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sarang burung walit haram di Sarawak dengan nilai rampasan mencecah RM81.8 juta. Pengarahnya, CP Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX