Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese akan mengadakan perbincangan dengan Petronas bagi mempertingkat kerjasama sektor tenaga antara Malaysia dan Australia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kedua-dua negara sebagai rakan kerjasama rapat mempunyai hubungan dua hala yang kukuh dan akan terus menumpukan perbincangan di peringkat operasi bagi memperkemas kerjasama sedia ada.

“Sebagai rakan kerjasama yang erat, Malaysia dan Australia berkongsi hubungan dua hala yang kukuh dan kami akan terus memberi keutamaan kepada perbincangan pada peringkat operasi.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Petronas dan perbincangan lanjut yang lebih terperinci akan diteruskan,” katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi Albanese ke Malaysia di sini, hari ini.

Sidang media itu diadakan selepas pertemuan antara kedua-dua pemimpin yang memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala serta isu keselamatan tenaga susulan ketegangan geopolitik yang masih berterusan di Asia Barat.

Terdahulu, Albanese menerima sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Malaysia bermula 15 April.

Anwar berkata, kedua-dua negara akan menilai keperluan tenaga domestik masing-masing serta mengenal pasti bidang kerjasama yang boleh memberi manfaat bersama.

“Terdapat sumber yang kita perlukan dari Australia dan begitu juga Australia memerlukan produk dari Malaysia. Kerjasama ini akhirnya akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.

Albanese dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, di Menara Berkembar Petronas hari ini.


Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan Malaysia turut menyuarakan kebimbangan kepada Australia berkaitan bekalan diesel, khususnya isu kekangan dalam tempoh jangka sederhana.


Bagaimanapun, beliau berkata, Petronas memberi jaminan bahawa lebihan bekalan akan disalurkan selepas memenuhi keperluan domestik, dengan keutamaan juga diberikan kepada Australia.


“Sudah tentu, keperluan domestik dan daya tahan ekonomi kekal sebagai pertimbangan utama kami. Bagaimanapun, melalui kerjasama yang erat dan persefahaman bersama, kedua-dua negara boleh menyokong keperluan masing-masing,” katanya.


Anwar turut memaklumkan Australia memberi jaminan kepada Malaysia mengenai kesinambungan bekalan gas asli cecair (LNG) berdasarkan perjanjian sedia ada.


“Pendekatan timbal balik ini mencerminkan kekuatan kerjasama kami serta kedua-dua pihak menghormati komitmen dan memenuhi keperluan masing-masing,” katanya.


Sementara itu, Albanese menegaskan Australia akan terus melaksanakan komitmen sedia ada dalam membekalkan LNG kepada Malaysia, sambil menyifatkan keselamatan tenaga sebagai elemen penting dalam hubungan dua hala dan kestabilan serantau.


“Hubungan ini saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Australia merupakan pengeksport utama LNG ke Malaysia manakala kami mengimport pelbagai produk dari Malaysia termasuk bahan api dan baja.


“Antara bidang utama yang dibincangkan ialah potensi untuk meningkatkan lagi hubungan ini.


“Kami telah memberikan tanggungjawab kepada Petronas dan pihak berkuasa Australia yang berkaitan untuk meneruskan perbincangan bagi terus memperkukuh kerjasama dalam mendepani cabaran tenaga global yang berterusan,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri