Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

KUCHING – Sarawak mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM876.2 juta bagi membantu rakyat mendepani tekanan kos sara hidup berikutan impak konflik berpanjangan di Asia Barat terhadap ekonomi global.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pergolakan di Asia Barat itu telah memicu krisis tenaga serta menjejaskan rantaian bekalan ekonomi dunia.

Menurutnya, situasi tersebut memberi kesan langsung kepada rakyat termasuk peningkatan kos pengangkutan, harga baja serta barangan keperluan harian dan makanan.

“Menyedari beban yang ditanggung, kerajaan negeri mengambil keputusan proaktif untuk melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan tekanan kos sara hidup rakyat, terutamanya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, antara langkah utama yang digerakkan ialah menaikkan kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026.

“Bagi kategori isi rumah, kadar bantuan dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,100, warga emas (RM500 kepada RM600), manakala individu bujang daripada RM300 kepada RM375.

“Kita menjangkakan hampir 900,000 penerima layak akan mendapat manfaat ini bersandarkan pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026,” ujarnya.

Tambah Abang Johari, penyaluran SKAS akan dilaksanakan secara berperingkat melalui tiga fasa iaitu pada Mac, Mei dan November 2026.

Langkah itu, jelasnya, melibatkan tambahan implikasi kewangan sebanyak RM136.2 juta, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan SKAS meningkat kepada RM680 juta.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan kerajaan negeri turut bersetuju memberi diskaun khas bil elektrik sebanyak 25 peratus kepada pengguna domestik bermula bulan ini hingga Disember 2026.

Katanya, inisiatif yang menelan belanja RM188.1 juta itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak dan dijangka melegakan lebih 700,000 pengguna.

“Bagi membantu kelangsungan peniaga kecil, diskaun 50 peratus turut diberikan ke atas sewaan pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kemudahan sama dipanjangkan kepada peniaga mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menyewa premis milik badan berkanun negeri seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dengan kos sekitar RM8.1 juta,” jelas beliau.

Tegasnya, ketiga-tiga komponen utama bantuan itu menterjemahkan komitmen dan keprihatinan berterusan kerajaan Sarawak untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara meskipun dunia dihimpit ketidaktentuan geopolitik.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

BERUAS – Tokoh masyarakat dan politik, Datuk Dr Azhar Ahmad menafikan dakwaan tular yang mendakwa beliau bertindak agresif dengan menampar seorang pelajar yang juga cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

KUNDASANG – Projek Pengeluaran Benih Bawang Merah yang dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Kampung Mesilou berpontensi menjadi hab pengeluaran strategik negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana