CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako di sini, pada Rabu.

Penganjuran majlis tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh hubungan silaturahim antara stesen radio berkenaan bersama rakan strategik dan para pendengarnya.

Pengurus Program CATS, Mohamad Fadzli Daud berkata, program berkenaan turut menjadi platform penting untuk mendekatkan diri dengan semua pihak yang selama ini menyokong perjalanan dan perkembangan stesen tersebut.

“Majlis seperti ini bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi ruang terbaik untuk kita menghargai sokongan rakan strategik serta pendengar setia CATS FM,” katanya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan menjadi lebih bermakna apabila ia turut diserikan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada penerima daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara golongan istimewa yang diraikan ialah penghuni Pondok Hidayatul Mubtadi-iin Wa Tahfidzul Quran, Pertubuhan Orang Cacat Sarawak, Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak dan Persatuan Orang Buta Sarawak.

Tambah Mohamad Fadzli, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan CATS FM dalam memperkukuh hubungan komuniti di samping menyokong usaha kebajikan kemasyarakatan di negeri ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti terkini stesen radio itu boleh melayari laman sesawang rasmi CATS FM atau mengikuti platform media sosial mereka.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar