Miri teroka perkhidmatan bas hop-on hop-off bagi perkasa pelancongan

MIRI – Konsep perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off seperti yang dilaksanakan di Kuala Lumpur kini sedang diterokai untuk diperkenalkan di bandar Miri sebagai usaha memperkasa sektor pelancongan tempatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off telah menjadi antara produk pelancongan bandar yang penting di peringkat antarabangsa, termasuk di London, Rome, Paris dan Cape Town.

Menurut beliau, di Malaysia, perkhidmatan KL Hop-On Hop-Off telah terbukti berjaya dengan menawarkan lawatan siang dan malam yang memudahkan pelancong menerokai ibu negara.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KL Hop-On Hop-Off, Syed Azhar Syed Nadzir bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai operasi dan potensi perkhidmatan tersebut.

“Perkhidmatan ini memberi pengalaman yang sangat baik kepada pelancong kerana ia berhenti di lokasi-lokasi ikonik serta menyediakan penerangan sepanjang perjalanan, sekali gus memudahkan pelawat mengenali bandar dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Tambah beliau, perkhidmatan itu mampu mengendalikan lebih 10 bas sehari dengan kapasiti melebihi 1,800 penumpang, selain mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada pelancong antarabangsa seperti dari China, India dan Indonesia.

Selain itu, pakej lawatan transit yang ditawarkan bersama KLIA Ekspres turut memberi peluang kepada pelawat yang mempunyai masa singkat untuk menikmati lawatan ringkas di Kuala Lumpur, termasuk kemudahan pengangkutan dari lapangan terbang ke pusat bandar.

Beliau turut menyifatkan perkhidmatan tersebut sebagai contoh produk pelancongan yang matang dan berpotensi untuk diperluaskan ke bandar lain di seluruh negara.

“Melalui usaha ini, kita sedang meneroka pelaksanaan konsep yang sama di Miri supaya pelawat dapat menikmati lawatan lengkap ke lokasi-lokasi menarik di bandar ini,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, inisiatif tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan imej Miri sebagai bandar mesra pelancong, malah turut membantu mempromosikan restoran tempatan serta perniagaan kecil di kawasan berkenaan.

Related Posts

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

SARIKEI – Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan kehadiran seramai 115,150 pengunjung, sekali gus menjadi jumlah tertinggi sepanjang penganjuran program berkenaan di Sarawak tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

LIMBANG – Profesion kejururawatan diiktiraf sebagai tunjang utama dalam memastikan kelancaran sistem penjagaan kesihatan negara, selain bertindak sebagai penghubung penting antara pesakit dengan pasukan perubatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Lebih 115,000 pengunjung, Sarikei cipta rekod baharu Program Sarawakku Sayang

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Jururawat tunjang utama sistem kesihatan negara

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Langkah Jiwa Merdeka KMJG dekati masyarakat, semarak patriotisme

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Setiap projek Rumah Selangorku wajib sedia hentian bas

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Laporan RCI Tabung Haji bukti wujud ‘pengkhianat’ Melayu Islam

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan

Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan gesa tolak politik fitnah, perpecahan