Isu Diesel Filipina: Apa sebenarnya berlaku?

Oleh: Muhammad Harris Nasril

“Apa ke bodohnya eksport diesel kita ke Filipina?! Patutlah minyak kita mahal sangat sekarang! Kerajaan jual minyak rakyat senyap-senyap ke negara luar!”

Aduhai. Kita faham kenapa naratif ini cukup “panas” dan cepat merebak di media sosial. Dalam keadaan kita sedang melalui fasa penyelarasan subsidi diesel, harga diesel melambung, tiba-tiba keluar berita negara jiran terima ratusan ribu tong diesel dari Malaysia!

Siapa tak panas? Lagi-lagi pengguna diesel. Betul atau tidak berita ni? Baik, sebelum kita terus marah dengan emosi, ada baiknya kita duduk sejenak dan teliti fakta di sebalik tabir perdagangan minyak dunia.

Isu ini sebenarnya bukanlah tentang kerajaan “menjual” minyak rakyat, tetapi tentang bagaimana kedudukan strategik negara kita berfungsi sebagai hab perdagangan minyak global.

Mari kita fahamkan apa yang sebenarnya berlaku:

  1. Berita ini bukan rahsia, sudah dilaporkan pun

Sebenarnya, akhbar The Star sudah melaporkan perkara ini beberapa hari lepas. Rasanya 4 hari lalu. Laporan itu menjelaskan bahawa Filipina sedang berdepan krisis bahan api dan membuat pembelian melalui firma komoditi global, Vitol.

Penghantaran pertama (300,000 tong) memang dijadualkan tiba dari Malaysia melalui Singapura. Malah, ada dua lagi penghantaran susulan yang akan tiba lewat bulan ini, tetapi sumbernya adalah dari Asia Utara dan India.

Saya petik laporan The Star 7 April 2026:

“He said an initial 300,000 barrels will arrive by April 10 from Malaysia via Singapore, sourced through global commodities firm Vitol. Two more shipments of 300,000 barrels each are expected later in the month, contracted through Vitol and Trafigura and sourced from North Asia and India.”

Jika sumbernya pun dari pelbagai negara, jelaslah ini bukan urus niaga antara kerajaan dengan kerajaan (G-to-G), tetapi urus niaga komersial antarabangsa.

  1. Siapa Vitol dan Apa Kaitannya dengan Malaysia?

Di sinilah ramai yang terlepas pandang. Malaysia, khususnya di Johor, mempunyai fasiliti simpanan dan penapisan petroleum bertaraf dunia.
Di Tanjung Bin, terdapat sebuah fasiliti mega yang dinamakan Terminal ATB. Ia dimiliki oleh VTTI—sebuah syarikat usaha sama antara firma gergasi dunia, Vitol, dan syarikat logistik kebangsaan kita, MISC
.
Terminal ini bukan calang-calang:
-Mempunyai kapasiti penyimpanan melebihi 1 juta meter padu.
-Dilengkapi dengan 6 jeti yang mampu mengendalikan pelbagai produk seperti minyak bahan api, petrol, dan diesel (gasoil).

  • ia bertindak sebagai hab simpanan dan pengisian bahan api (bunkering) yang utama di rantau ini.

Saya petik apa kata menteri besar Johor, Onn Hafiz seperti dilaporkan Media Digital Johor mengenai fasiliti ATB yang dimiliki Vitol dan MiSC.

“Menurut beliau, sebelum ini, ATB telah melabur lebih RM3 bilion di Johor bagi pembangunan fasiliti mereka sejak 2012.

“Selain itu, mereka mempunyai kekuatan seramai 100 kakitangan tetap, dan lebih 800 penyedia perkhidmatan, kontraktor dan kakitangan sokongan.

“Saya amat berbesar hati melihat syarikat multinasional seperti ATB terus memilih untuk bertapak di Johor sebagai pangkalan hab mereka,” kata beliau di Facebook rasminya.

Onn Hafiz turut dimaklumkan ATB bersama rakan strategiknya, Vitol Tank Terminals International B.V (VTTI) mengendalikan produk petroleum untuk pasaran dalam dan luar negara terutamanya Malaysia, Singapura, Indonesia, China, Vietnam, Australia dan beberapa negara lain di rantau Asia Pasifik.”

  1. Mengapa laporan menyebut “Dari Malaysia”?
    Mudahnya begini. Bayangkan Terminal ATB ini seperti sebuah gudang transit yang besar. Vitol membeli minyak dari pasaran dunia (mungkin dari Timur Tengah atau India), kemudian menyimpannya sementara di gudang mereka di Johor sebelum dijual pula kepada pembeli lain (dalam kes ini, Filipina).

Apabila kapal tangki itu bertolak dari Tanjung Bin, secara teknikal dan logistiknya, pelabuhan pelepasan adalah Malaysia. Sebab itulah laporan berita di Filipina menyebut “diesel dari Malaysia”. Ia merujuk kepada lokasi geografi kapal itu berlepas, bukannya merujuk kepada pemilik asal atau sumber subsidi diesel negara kita.

  1. Penafian MTEN dan PETRONAS Adalah Benar

Sebab itu apabila Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan PETRONAS mengeluarkan penafian, mereka memang menyatakan fakta. Diesel tersebut bukan milik PETRONAS dan bukan diambil daripada kuota subsidi untuk rakyat Malaysia. Ia adalah harta milik syarikat perdagangan antarabangsa yang menggunakan fasiliti penyimpanan di tanah air kita.

(Apa pun, kenyataan MTEN itu saya fikir terlalu ringkas, tidak menerangkan, lebih membuat rakyat keliru dan sangsi. Mungkin boleh tulis satu kenyataan yang lebih berinformasi.)

  1. Kenapa Kita Tak Saman TV5 Filipina?

Sebab laporan TV5 itu tidak salah dari sudut fakta perkapalan. Kapal itu memang datang dari perairan Malaysia. Yang menjadi “salah” adalah apabila konteks perdagangan antarabangsa ini tidak diterangkan, lalu diputar belit oleh pihak tertentu seolah-olah kerajaan sedang mengeksport diesel subsidi rakyat. Ini kerja bahagian Penerangan kerajaan.

Sekian analisis ringkas. Tak pasti jangan kongsi.

Related Posts

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

TOKYO – Hubungan Malaysia dan Jepun yang saling melengkapi dalam sektor teknologi dan pembuatan berpotensi membina ekosistem teknologi yang lebih berdaya tahan ketika rantaian bekalan global berdepan pelbagai tekanan. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

TOKYO – Dunia kini menghadapi kekurangan hala tuju yang jelas dalam kepimpinan dan bukannya kuasa, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada Forum Nikkei bertajuk “Navigating Strategic Uncertainty”…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Hubungan saling melengkapi Malaysia-Jepun bina ekosistem teknologi berdaya tahan ketika krisis global

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Dunia tidak perlukan kuasa namun hala tuju kepimpinan jelas –  Anwar

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Negara berdaulat harus lebih tegas pertahankan perdagangan bebas – PMX

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

Anwar kecam ekonomi diguna sebagai senjata geopolitik oleh negara kuasa besar

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX

AI dibimbangi jadi alat penjajahan digital – PMX

Malaysia-Jepun tandatangan 4 kerjasama bidang strategik

Malaysia-Jepun tandatangan 4 kerjasama bidang strategik