Justice4Sabah: Sambutan himpunan hambar

KOTA KINABALU – Himpunan aman Justice4Sabah yang berlangsung di Padang Merdeka pada Jumaaat mendapat sambutan hambar.

Himpunan yang bermula seawal jam 6 petang itu turut dihadiri beberapa pemimpin tempatan antaranya Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Jeffrey Kitingan; serta Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yassin.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Datuk Donald Peter Majuntin dan ADUN Dilantik, Datuk Roger Chin.

Himpunan selama dua jam itu diisi dengan sesi ucapan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin tempatan selain laungan solidariti menuntut pelaksanaan 40 peratus hak Sabah.

Sebagai rekod, himpunan tersebut dianjurkan oleh 19 NGO termasuk WISDOM Foundation, Momogun National Congress, Persatuan Pribumi Sabah, Persatuan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah Sunduan Nabalu, Kelab Harapan Ranau, Kelab Prihatin Ranau, Kelab Belia Kampung Meridi, Persatuan Artis Pribumi (Momogun) Sabah dan Persatuan Sosial Bayu Harapan (Bayahan).

Turut terlibat ialah Sabah Public Affair Initiative (SPAI), Pertubuhan Suara Anak Sabah, Persatuan Petani dan Penternak Bumiputera Sabah (Petanah), Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR), Clean Earth Sabah Association (CESA), GINDOL Initiative for Civil Society Borneo, Pertubuhan Orang Asal Sabah (PAOS), Kelab Kebersihan dan Keindahan Kundasang (KBI), Amanah Perpaduan Sabah (APS) serta Kelab Kebajikan 3HJ Sabah.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak