MCMC siasat 42 kes berita palsu berkaitan krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Sebanyak 42 kertas siasatan dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global yang tular di media sosial serta platform digital.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat jam 3 petang tadi, seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara sudah dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan untuk membantu siasatan.

“Daripada 42 kertas siasatan yang dibuka, 31 daripadanya membabitkan berita palsu berhubung kos bahan api.

“Pada masa sama, MCMC setakat ini membuat 355 permohonan penurunan kandungan palsu dari pelbagai platform media sosial, dengan 154 daripadanya diturunkan oleh penyedia platform, manakala selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sementara itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menggesa rakyat supaya lebih berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat, khususnya yang berkaitan krisis tenaga global di media sosial.

Beliau berkata, dalam keadaan dunia berdepan pelbagai cabaran semasa, terdapat pihak tertentu yang mengambil kesempatan menyebarkan maklumat tidak sahih semata-mata untuk meraih perhatian dan pengaruh.

“Jangan berkongsi sebarang maklumat selagi belum dipastikan kesahihannya dan kebenarannya.

“Sebaliknya, rujuklah sumber rasmi dan pihak berwajib bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau turut berkata, bagi umat Islam, amalan ‘tabayyun’ amat dituntut seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 yang menggesa supaya setiap maklumat diselidik terlebih dahulu sebelum dipercayai bagi mengelakkan sebarang kesan buruk akibat penyebaran berita tidak sahih.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok