Isu rasuah di IPT tidak boleh kompromi, jangan pandang sebelah mata

KUALA LUMPUR – Sebarang isu rasuah di institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada terpencil atau tidak, tidak boleh dipandang enteng dan akan diambil tindakan serius tanpa kompromi oleh kementerian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menegaskan, sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa atau rasuah di mana-mana institusi termasuk universiti dan politeknik perlu diberi perhatian sewajarnya, walaupun melibatkan kes kecil.

Menurutnya, kewujudan kes rasuah tetap dianggap satu kesalahan yang perlu ditangani secara tegas namun tidak adil untuk mana-mana pihak melabelkan IPT negara menjadi lubuk rasuah.

“Kita menolak pelabelan melampau yang menggambarkan IPT sebagai ‘lubuk rasuah’. Kita menggesa pihak media supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan tajuk agar tidak memberi persepsi negatif keterlaluan terhadap institusi pendidikan negara.

“Saya tak katakan semuanya perfect, juga tidak kata sampai kononnya universiti tak boleh berfungsi langsung untuk bergerak kerana dilabel ‘lubuk’ segala-galanya. Jadi saya minta kepada editor surat khabar berkenaan, janganlah tulis sampai begitu,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai laporan sebuah akhbar tempatan mengenai IPT yang sepatutnya menjadi pemangkin pembinaan integriti kini didakwa menjadi ‘lubuk rasuah’ apabila gejalanya menular secara senyap dalam ekosistem pendidikan negara.

Menurut laporan akhbar itu, perbuatan itu bukan sahaja melibatkan urusan pentadbiran dan kewangan malah turut meresap dalam aspek akademik seperti pemberian markah, kelulusan kursus dan peluang penyelidikan sehingga mencemarkan nilai sebenar ilmu.

Selain itu, geran yang diberikan kepada pensyarah untuk pelaksanaan sesuatu projek atau kajian penyelidikan juga disalah guna.

Mengulas lanjut, Zambry menegaskan, KPT sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan terhadap kes-kes berkaitan termasuk membenarkan agensi itu membuat kajian dan tindakan sewajarnya.

Selain itu, katanya, kerjasama dengan Jabatan Audit Negara turut diperkukuh dalam memastikan pengurusan kewangan, pelaksanaan projek serta tatacara operasi berada pada tahap baik dan telus.

“Segala teguran yang diberikan oleh Audit Negara akan diambil tindakan. Usaha penambahbaikan sentiasa dilakukan dan kita tidak pernah mendakwa semuanya sempurna.

“Kementerian komited untuk terus memperbaiki tadbir urus IPT tanpa menafikan kewujudan kelemahan, namun menolak gambaran ekstrem yang boleh menjejaskan reputasi institusi pendidikan tinggi negara,” katanya.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

PM arah siasatan segera tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri