City tenang belasah Liverpool 4-0

MANCHESTER City mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Liverpool 4-0 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad, malam ini.

Pada perlawanan itu, ketiadaan Pep Guardiola yang menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton akibat penggantungan, langsung tidak menjejaskan rentak permainan tuan rumah yang mendominasi saingan dari awal.

Aksi bermula rancak dengan The Reds yang dibimbing Arne Slot terlebih dahulu mencipta peluang, namun kegagalan Mohamed Salah menyempurnakan peluang keemasan ketika situasi satu lawan satu melunturkan motivasi pasukan pelawat.

City membuka tirai jaringan pada minit ke-39 selepas Virgil van Dijk menjatuhkan Nico O’Reilly dalam kotak penalti sebelum Erling Haaland tenang menyempurnakan sepakan.

Penyerang antarabangsa Norway itu sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring untuk meletakkan City selesa 2-0 menerusi tandukan pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, City terus mengganas apabila Antoine Semenyo menambah jaringan ketiga hasil gerakan menarik pada minit-50.

Momentum cemerlang diteruskan apabila Haaland melengkapkan jaringan hatrik menerusi serangan cantik yang disudahkan berselang lapan minit kemudian.

Liverpool terus hampa apabila sepakan penalti Salah diselamatkan penjaga gol James Trafford dengan keputusan 4-0 kekal hingga wisel penamat.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan kemaraan City ke pentas separuh akhir Piala FA musim ini.

  • Related Posts

    Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

    PENYERANG Arsenal, Gabriel Martinelli menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal secara perpindahan tetap dengan nilai dilaporkan mencecah 60 juta pound (RM335 juta). Arsenal mengesahkan perpindahan pemain Brazil itu ke Al…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Atlet Para Sabah bawa semangat ‘Go For Gold’ di Para SUKMA 2026 Selangor

    KOTA KINABALU – Semangat untuk membawa pulang pingat emas menjadi harapan utama kontinjen para Sabah pada temasya Para SUKMA kali ini, dengan atlet dan jurulatih bertekad memberikan aksi terbaik dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

    Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

    Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

    Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

    JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

    JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

    Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

    Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

    Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

    Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

    Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

    Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled