Thailand lancar aplikasi pantau bekalan minyak

BANGKOK – Thailand akan melancarkan aplikasi ‘Fuel Now’ esok bagi menyediakan maklumat masa nyata mengenai ketersediaan stesen minyak di seluruh negara, sebagai langkah menangani kekurangan bahan api serta mengurangkan pembelian panik.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Tenaga Thailand, Wutthitat Tantivess berkata, aplikasi itu akan memaparkan status operasi stesen minyak serta jenis bahan api yang tersedia.

Katanya, aplikasi berkenaan menyediakan kemas kini masa nyata membabitkan 139 stesen minyak di seluruh negara.

“Aplikasi ini membolehkan orang ramai mengetahui ketersediaan bahan api mengikut jenis serta sama ada stesen minyak beroperasi, sekali gus membantu mereka merancang perjalanan dengan lebih baik dalam situasi semasa,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Pengurusan dan Pemantauan Situasi Konflik Asia Barat, hari ini.

Beliau berkata, pedagang minyak turut diarahkan menghantar laporan harian mengenai jumlah dagangan serta harga bagi mengelakkan aktiviti penyorokan bekalan.

Selain itu, stesen minyak juga diarahkan supaya tidak menolak penjualan bahan api kepada perkhidmatan kecemasan seperti ambulans serta pengguna sektor pertanian.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pejabat Dasar dan Perancangan Tenaga Thailand (EPPO), Wacharin Boonrit berkata, Kementerian Tenaga melaksanakan langkah menstabilkan harga minyak domestik dengan menggunakan Dana Minyak Bahan Api bagi memberi subsidi kos kepada pengguna.

Beliau berkata, harga runcit diesel ketika ini ialah 31.14 baht (RM3.72) seliter, manakala gasohol E20 pula berharga 33.05 baht (RM3.95) seliter.

Katanya, kerajaan juga menggalakkan penggunaan biofuel seperti biodiesel dengan meningkatkan kadar campuran daripada B5 kepada B7 bagi menyokong penggunaan tenaga domestik serta mengurangkan kebergantungan kepada minyak import.

Pada masa sama, kementerian menegaskan Thailand mempunyai rizab minyak mencukupi untuk kira-kira 103 hari penggunaan. Rizab itu merangkumi 1.504 bilion liter simpanan komersial, 3.389 bilion liter rizab mandatori, 4.2 bilion liter bekalan dalam penghantaran serta 3.7 bilion liter lagi yang diperoleh menerusi kontrak perolehan.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan