JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

KOTA KINABALU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah melaksanakan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri bermula 16 Mac hingga 29 Mac bagi memantau, mengesan serta mengambil tindakan terhadap kesalahan utama pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan.

Operasi berkenaan memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama, iaitu tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memotong di laluan kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak menggunakan tali pinggang keledar serta kesalahan melibatkan kenderaan berat yang melanggar had muatan dan membawa muatan secara berbahaya.

Menurut Pengarahnya, Datuk Mohd Harris Ali, seramai 286 pegawai penguat kuasa akan digerakkan sepanjang operasi itu dengan tumpuan diberikan di lokasi ‘black spot’ yang dikenal pasti bersama pihak berkuasa bagi meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya.

“Operasi yang akan kita laksanakan dalam operasi khas ini adalah pemeriksaan bas di terminal bas pada hari ini, kita dah mula pemeriksa bas-bas ekspres yang akan membawa penumpang balik ke kampung halaman.

“JPJ turut menjalankan ops penyamaran, dengan menempatkan anggota sebagai penumpang bagi merekodkan sebarang kesalahan yang dilakukan pemandu sebelum tindakan diambil serta-merta,” katanya semasa sidang media Ops Khas Hari raya Aidilfitri (HRA) bersama Agensi di Terminal Bas Inanam, pada Isnin.

Selain itu, Mohd Harris berkata, operasi lain yang turut dilaksanakan adalah seperti operasi khas motosikal, operasi ke atas kenderaan perkhidmatan barangan dan awam, serta penguatkuasaan di lokasi ‘black spot’ bagi meningkatkan persepsi pengguna bahawa kesalahan mereka boleh dikesan.

Sebagai rekod, berdasarkan statistik Ops HRA tahun lalu, sebanyak 38,281 kenderaan diperiksa, dengan 3,588 kenderaan diambil tindakan melibatkan 3,778 notis saman, manakala 20 kenderaan disita sepanjang tempoh operasi.

Tambahnya, JPJ turut melaksanakan larangan pemanduan kenderaan perkhidmatan barangan (road ban) selama empat hari sempena musim perayaan sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Larangan tersebut berkuat kuasa 19 hingga 20 Mac serta 28 hingga 29 Mac, iaitu dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan bagi mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keselamatan jalan raya.

“Antara yang diberi perhatian adalah pemeriksaan teknikal secara ketat terhadap bas ekspres, termasuk memastikan tayar mengikut piawaian, sistem brek berfungsi dengan baik, lampu dan reflektor berada dalam keadaan jelas serta pemasangan Speed Limitation Device (SLD) berfungsi dengan sempurna.

“JPJ melaksanakan kempen keselamatan jalan raya dengan slogan ‘Pandu Cermat Sampai Selamat’ melalui pelbagai program kesedaran termasuk pameran, ceramah keselamatan dan edaran kit keselamatan jalan raya,” kongsinya.

Tambahnya lagi, orang ramai juga digalakkan menyalurkan sebarang aduan berkaitan kesalahan jalan raya kepada JPJ melalui media sosial atau aplikasi MyJPJ untuk tindakan lanjut.

Related Posts

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

KUCHING – Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas pengumuman 12 Inisiatif Hari Guru yang dilihat sebagai langkah membela nasib warga pendidik. Presidennya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki lebih 3,000 liter diesel tanpa lesen, minggu lalu. M. Thiinesh, 19, bagaimanapun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

Hubungan Malaysia-India terus diperkasa demi manfaat bersama

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini

RUU pengasingan peranan AG, pendakwa raya dijangka dibawa ke Parlimen Jun ini