Rakyat disaran berjimat sambut Aidilfitri susulan ketidaktentuan global – Mustapha

KOTA KINABALU – Rakyat disaran mengamalkan langkah berjimat cermat ketika membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri susulan ketidaktentuan situasi global termasuk konflik peperangan yang boleh memberi kesan kepada ekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, peringatan itu selaras dengan pesanan Perdana Menteri yang menekankan kepentingan pengurusan kewangan berhemah dalam keadaan dunia yang tidak menentu.

“Kerajaan MADANI tetap berusaha memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara supaya mereka tidak terlalu terkesan dengan situasi global semasa.

“Perdana Menteri amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dan kita akan berusaha memastikan rakyat tidak terkesan dengan keadaan peperangan yang tidak menentu.

“Namun kita juga diingatkan supaya mula mengambil langkah berjimat cermat kerana kita tidak tahu sampai bila konflik ini akan berlarutan,” katanya semasa sidang media selepas Program Santuni Wira MADANI, di Balai Polis Inanam, pada Sabtu.

Jelasnya, sekiranya rakyat ingin mengadakan sambutan perayaan ia wajar dilakukan secara sederhana bagi mengelakkan pembaziran serta tidak membebankan kewangan keluarga dan juga agensi kerajaan.

“Walaupun kita membuat sambutan Hari Raya, biarlah dalam skala kecil supaya tidak membebankan kewangan kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan menerusi program Rezeki Ramadan MADANI kepada barisan hadapan sebagai tanda penghargaan atas khidmat mereka kepada negara.

Katanya, program itu melibatkan tiga lokasi iaitu Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Hospital Ratu Isteri Pengiran Anak Saleha (Rikas) dan Balai Polis Inanam.

Katanya sebanyak 700 bakul makanan diagihkan kepada anggota barisan hadapan di ketiga-tiga lokasi berkenaan bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang Ramadan.

“Ini adalah usaha Kerajaan MADANI untuk mengiktiraf sumbangan besar wira-wira negara yang mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua barisan hadapan yang terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, selain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula