ESSCOM bongkar stor rokok tanpa cukai, mercun bernilai RM850,000

KINABATANGAN – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya membongkar sebuah stor simpanan rokok tanpa cukai dan mercun dalam satu serbuan di Kampung (Kg) Paris III di sini pada 11 Mac lalu, dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM850 ribu.

Komander ESSCOM, Victor Sanjos berkata, operasi hasil maklumat awam itu membawa kepada penemuan 4,486 karton rokok kretek dan rokok putih pelbagai jenama serta 143 karton mercun yang disimpan di tiga premis tidak bernombor di kampung berkenaan.

“Antara jenama rokok yang dirampas termasuk Astro Merah, Neslite, Astro Fuze, Era Biru, L.A Bold, Nice, Extreme Mild, A Satu Premium dan Tembakau Salak yang disembunyikan di dalam kotak serta plastik.

“Kesemua barangan tersebut dipercayai melanggar Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 dan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen ESSCOM dalam membanteras jenayah rentas sempadan di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone),” kongsinya.

Tambah Victor, ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi khas bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengancam keselamatan serta ketenteraman awam di Sabah Timur.

“ESSCOM juga akan terus mempergiat koordinasi operasi bersama pasukan keselamatan lain dalam usaha mengekang kegiatan jenayah seperti rompakan laut dan penyeludupan kontraban di kawasan daratan serta perairan ESS Zone,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada Pusat Operasi ESSCOM bagi membantu memperkukuh keselamatan di kawasan tersebut.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan