Sarawak cadang sistem parkir seragam, kaji laluan BAS.MY

KUCHING – Sarawak mencadangkan agar satu sistem pembayaran parkir bersepadu dilaksanakan di seluruh negeri bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi orang ramai ketika ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, penggunaan pelbagai aplikasi parkir berbeza mengikut bandar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sering menimbulkan kekeliruan kepada pemandu.

“Pemandu yang melakukan perjalanan merentas bandar terpaksa memuat turun atau menggunakan platform parkir yang berlainan, dan ini amat menyusahkan.

“Pada masa hadapan, kita harus menyasarkan hanya satu platform parkir digunakan di seluruh Sarawak. Ini akan menjadikan urusan rakyat jauh lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengangkutan Awam Sarawak (SPTC) Bil. 1/2026 pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Kim Shin turut menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk menyemak semula perancangan operasi dan laluan bas BAS.MY di Kuching.

Tegas beliau, jumlah penumpang di beberapa laluan masih rendah dan kecekapan perkhidmatan tersebut perlu dipertingkatkan agar benar-benar memenuhi keperluan mobiliti awam.

“Bagi menggalakkan rakyat beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam, perkhidmatan yang ditawarkan mestilah mudah, cekap dan selari dengan corak perjalanan sebenar pengguna,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai cabaran sektor pengangkutan di Sarawak, Kim Shin mendedahkan ketersambungan udara masih menjadi halangan dengan ketiadaan laluan antarabangsa terus yang mencukupi.

Malah katanya, lapangan terbang utama seperti di Kuching dan Miri kini beroperasi melebihi kapasiti asal, manakala beberapa lapangan terbang pelepasan dan pendaratan pendek (STOLport) mendesak untuk dinaik taraf serta dimodenkan.

Selain itu, antara isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut ialah isu kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat di kawasan bandar, keperluan memperkukuh kecekapan logistik, serta pemodenan infrastruktur pengangkutan sungai yang masih menjadi nadi komuniti luar bandar.

“Cabaran ini menuntut perancangan yang diselaraskan, pelaburan strategik serta kerjasama kukuh antara agensi dan pemegang taruh bagi memperkasakan sistem pengangkutan Sarawak selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030),” jelasnya.

Mesyuarat SPTC itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya), Datuk Dr Jerip Susil dan Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep.

Ahli jawatankuasa turut diberikan taklimat mengenai projek-projek pengangkutan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pelan pengurusan trafik fasa pembinaan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), program pembangunan penerbangan, serta inisiatif Sistem Parkir Pintar (Pay & Go Digitalise Council Parking).

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan