Poster seleweng tafsir ayat al-Quran dikait dengan LGBT diselar

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang dilihat cuba menafsirkan ayat al-Quran berdasarkan tafsiran yang menyeleweng selari dengan perintah Rasulullah SAW.

Pendakwah, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, tindakan itu merujuk kepada poster pada perarakan Hari Wanita lalu yang menggunakan ayat al-Quran seolah-olah Allah SWT tidak melarang perbuatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut beliau, poster itu mempamerkan ayat ke-21 Surah al-Rum yang dinotakan sebagai `Tuhan izinkan aku jadi pelangi’, sekali gus merupakan penyelewengan makna ayat al-Quran oleh golongan tersebut.

“Perkataan ‘anfusikum’ sebagai tafsiran ‘jenismu sendiri’ bukan merujuk kepada jantina sejenis tetapi pasangan dari jenis kamu iaitu jenis manusia dan bukannya makhluk lain sepertimana Allah berfirman dalam Surah al-Rum.

“Maksudnya Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahmad Sanusi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, perkataan ‘anfusikum’ yang ditafsirkan sebagai kaum sejenis ini telah sebutkan sebanyak 45 kali di dalam al-Quran dan tidak ada satu pun yang merujuk kepada kaum sejenis,

“Adalah sangat jelas penyelewengan makna yang dilakukan oleh golongan ini. Penyelewengan ini mengundang ancaman dari Rasulullah SAW yang memberi amaran keras kepada muslim supaya berhati-hati dalam menafsirkan ayat al-Quran.

“Dalam Riwayat al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud barangsiapa yang mengatakan sesuatu tentang al-Quran tanpa ilmu maka dia telah menempah tempatnya di neraka,” katanya.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan