Pasangan 28 tahun ditahan atas kes dadah

MUKAH – Sepasang kekasih warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di Kampung Penakub Hilir, Mukah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah kira-kira jam 8.40 pagi hasil maklumat risikan.

Menurutnya, pemeriksaan dan penggeledahan yang dijalankan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Anggaran berat dadah yang dirampas adalah kira-kira 0.26 gram dan kedua-dua suspek yang berumur 28 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, hasil saringan urin mendapati suspek lelaki positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala suspek wanita didapati negatif dadah.

Menurutnya, suspek lelaki yang bekerja sebagai buruh mempunyai enam rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, manakala kekasihnya yang tidak bekerja tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kedua-dua suspek telah direman selama dua hari sehingga 10 Mac bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP