Had tempoh PM: Semua Ahli Parlimen PH hadir menyokong

SEMUA Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memberikan komitmen penuh apabila hadir di Dewan Rakyat, pada Isnin bagi mengundi dalam menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau yang juga Ahli Parlimen Lanang, berkata bagaimanapun terdapat lapan Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan Bebas yang tidak hadir untuk melakukan undian.

“RUU Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga yang diperlukan iaitu 148 undian.

“Keputusan belah bahagian menunjukkan hanya 146 yang menyokong, 44 tidak mengundi, manakala 32 tidak hadir.

“Tetapi Ahli Parlimen PH semuanya 100 peratus hadir dan sokong,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, pada Selasa.

Terdahulu, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.

Ia sekali gus menyaksikan RUU yang pertama kali dibentang, membabitkan pindaan kepada Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan gagal dibawa untuk bacaan kali ketiga dan kemudiannya diluluskan.
RUU ini dibentang bagi bacaan kali pertama pada minggu lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Bacaan kali kedua pula dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, diikuti sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen

Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.

Kegagalan meluluskan RUU itu sekali gus memberi petanda tidak menentu kepada satu lagi RUU pindaan penting esok iaitu berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang turut memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

Related Posts

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan FELDA menyelesaikan isu berkaitan peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah. Perdana Menteri berkata, badan kemajuan itu perlu berusaha menyelesaikan setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

MARAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta. Ahmad Zahid berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka