Hanifah santuni penduduk Oya dan Dalat, agih 800 pek bubur pedas

DALAT – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib meneruskan agenda menyantuni rakyat dengan mengagihkan sebanyak 800 pek bubur pedas kepada penduduk di kawasan Oya dan Dalat, pada Sabtu.

Agihan tersebut melibatkan sebanyak 400 pek bagi setiap kawasan sebagai inisiatif untuk merapatkan ukhuwah serta memeriahkan sambutan Ramadan bersama komuniti setempat.

Selain edaran juadah berbuka, beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah turut menyempurnakan Majlis Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di sekitar Waterfront Dalat.

Program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya, terutama dalam kesibukan musim perayaan.

Dalam lawatan sama, Hanifah sempat mengadakan sesi walkabout di Bazar Ramadan Dalat bagi meninjau suasana perniagaan selain berinteraksi bersama peniaga dan pengunjung.

“Kita bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini juga memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual di Bazar Ramadan Dalat.

“Hasil pemantauan mendapati tahap kebersihan berada dalam keadaan yang baik,” katanya ketika ditemui media selepas program berkenaan.

Menjelang waktu Maghrib, beliau meluangkan masa berbuka puasa bersama komuniti setempat di Waterfront Dalat sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat di kawasan parlimennya.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis