Pusat tahfiz baharu RM500,000 bakal dibina di DUN Kalaka

SARATOK – Komitmen berterusan bagi memperkukuh pendidikan Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bakal diterjemahkan menerusi pembinaan sebuah Pusat Tahfiz Saratok tidak lama lagi.

Projek bina baharu yang diluluskan di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM500,000 itu dijangka bermula pada tahun 2026, sebaik selesai proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, inisiatif berkenaan membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan agama yang lebih selesa dan kondusif buat masyarakat setempat.

“Apabila pusat tahfiz ini siap nanti, para pelajar dapat menimba ilmu dalam suasana yang lebih teratur dilengkapi kemudahan prasarana yang jauh lebih baik,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau lokasi cadangan projek yang terletak bersebelahan Surau Al Fajr di Kampung Pagan.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan memperincikan keperluan pelaksanaan pada peringkat awal sebelum kerja pembinaan dimulakan secara rasmi.

Tambah Mohamad, kewujudan pusat tahfiz itu kelak bukan sahaja menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa, malah berperanan penting dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

“Ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan, khususnya bagi memperkasa pendidikan al-Quran di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menaruh harapan agar projek berkenaan dapat direalisasikan mengikut jadual yang dirancang,

Foto: ADUN KALAKA

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak