Prestasi ekonomi wujud ‘feel-good factor’ untuk rakyat

KUALA LUMPUR – Peningkatan prestasi ekonomi negara dan pengukuhan nilai mata wang ketika ini dilihat berjaya mewujudkan ‘feel-good factor’ atau suasana positif dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan positif itu menjadi pemangkin kepada rakyat untuk terus bersatu dan menyokong aspirasi kerajaan dalam mewujudkan perpaduan lebih mantap.

Beliau berkata, kestabilan ekonomi itu amat penting dalam mendukung keharmonian sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

“Apabila kita berada sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang ada, kita kekalkan semangat keharmonian ini dan kepelbagaian ini harus kita dukung bersama supaya Malaysia terus aman.

“Dengan peningkatan ekonomi yang baik dan pertukaran mata wang semakin membaik, ia akan menjadikan rakyat terus bersatu mendukung cita-cita kerajaan,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib-Naib Presiden dan pimpinan parti komponen Barisan Nasional.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia dilapor mendedahkan ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan bagi suku kedua 2026.

Ia disokong prestasi Indeks Pelopor Disember 2025 yang mencatatkan marginal 0.1 peratus kepada 114.0 mata berbanding 113.9 mata dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Related Posts

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

NEW YORK – Malaysia muncul sebagai negara ketiga terbaik di dunia untuk didiami pada 2026, berdasarkan data tahun ini daripada Rumavi Global Relocation Index. Menurut ranking yang dikeluarkan Visual Capitalist…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak boleh menganggap pemberian bantuan tunai RM400 sebulan kepada pekebun kecil sebagai kaedah penyelesaian mutlak terhadap masalah yang dihadapi golongan terbabit. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat