Sebuah rumah kuarters Klinik Kesihatan Tongod hangus dijilat api

TONGOD – Sebuah kuarters dua pintu milik Klinik Kesihatan Tongod musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 2.40 pagi Isnin.  

Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 6.30 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh 172 kilometer dari BBP Kota Kinabatangan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kuarters dua pintu klinik kesihatan jenis separuh berkeluasan 40×60 kaki terbakar 100 peratus dan sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 40×60 terbakar 20 peratus. 

“Turut terbakar 10 peratus sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Selasa. 

Bagaimanapun beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu. 

Operasi ditamatkan pada pukul 6.48 pagi setelah memastikan tiada bahaya lain wujud.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie