Kenaikan cukai, penguatkuasaan holistik berkesan kurangkan merokok

PUTRAJAYA – Kenaikan cukai eksais tembakau adalah antara langkah paling berkesan bagi mengurangkan tabiat merokok selain keperluan melaksana penguatkuasaan secara menyeluruh ke arah mencapai matlamat Endgame 2045.

Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Profesor Dr M. Murallitharan berkata, kenaikan cukai merupakan antara instrumen dasar kesihatan awam paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok khususnya dalam kalangan golongan muda dan berpendapatan rendah yang lebih sensitif terhadap harga.

“Namun, untuk memastikan kenaikan harga benar-benar berkesan dan tidak dimanipulasi oleh pasaran haram, penguatkuasaan menyeluruh dan terselaras mesti menjadi asas utama pelaksanaannya.

“Langkah fiskal itu selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Kerangka Konvensyen mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FCTC) yang ditandatangani pada 23 Sept 2003 dan diratifikasikan pada 16 Sept 2005,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Dalam pada itu, Murallitharan memaklumkan, pelbagai kajian global menunjukkan kenaikan harga melalui cukai mampu mengurangkan kadar permulaan merokok dalam kalangan remaja, menggalakkan perokok sedia ada berhenti dan mengurangkan penggunaan dalam kumpulan berisiko tinggi.

“Cukai produk tembakau tidak dinaikkan sejak 2015, justeru semakan semula dasar fiskal itu adalah mendesak bagi mencapai sasaran penamatan produk merokok atau smoking product endgame menjelang 2045,” katanya.

Mengulas kebimbangan kenaikan cukai akan meningkatkan penyeludupan, Murallitharan berkata, laporan Bank Dunia bertajuk Confronting Illicit Tobacco Trade: A Global Review of Country Experiences mendapati perdagangan haram lebih berkait dengan kelemahan penguatkuasaan dan tadbir urus berbanding kadar cukai semata-mata.

Sehubungan itu, jelasnya, MCTC menggesa kerajaan meratifikasi Protocol to Eliminate Illicit Trade in Tobacco Products bagi memperkukuh mekanisme pelesenan, sistem penjejakan dan pengesanan serta kerjasama rentas sempadan selaras dengan Perkara 15 FCTC.

“Pada masa ini, fungsi kawalan produk tembakau melibatkan beberapa agensi termasuk Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi pelesenan jualan runcit, Kementerian Kesihatan Malaysia (larangan merokok dan pengiklanan) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (kawalan duti dan penandaan cukai).

“Sementara itu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pula akan terlibat dalam aspek pengurusan sisa termasuk puntung rokok,” katanya.

Tambahnya, pemecahan bidang kuasa itu menyebabkan pertindihan dan kekangan sumber, justeru penyelarasan kuasa penguatkuasaan di peringkat pihak berkuasa tempatan dengan mandat jelas serta sumber mencukupi perlu dipertimbang.

“Tanpa asas penguatkuasaan yang kukuh, kesan positif kenaikan cukai akan terhakis oleh pasaran haram,” katanya.

Related Posts

Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

BANGI – Kerajaan akan memberikan penjelasan berhubung cadangan memansuhkan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik. Menteri Peralihan Tenaga dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar