14 penghuni terselamat, rumah pekerja hangus dijilat api

BETONG – Sebuah rumah pekerja berhampiran Sekolah Kebangsaan Saka, Betong musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.20 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikejarkan ke lokasi.

Jentera pertama tiba kira-kira 10 minit kemudian dan operasi pemadaman segera dimulakan dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Komander Operasi, PBK II Mosihi Buang berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah pekerja milik Syarikat VML berstruktur separuh kekal yang menempatkan 24 bilik dengan keluasan anggaran 120 x 20 kaki persegi.

“Semasa bomba tiba, kira-kira 85 peratus struktur bangunan telah dijilat api dan kebakaran berada dalam keadaan marak,” jelasnya.

Beliau memaklumkan seramai 14 lelaki berusia antara 40 hingga 51 tahun yang menghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebelum api merebak dengan lebih luas.

Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan konsep RECEO dengan satu aliran utama, satu salur bantu mula serta satu aliran sepanjang 200 kaki.

Sumber air diperoleh sepenuhnya daripada tangki jentera bagi mengawal dan memadam kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini,” katanya.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Related Posts

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

SEMPORNA – Seorang pekerja resort yang cedera selepas terjatuh di Pulau Tubing, dekat sini, hari ini dipindahkan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

SANDAKAN – Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan