Konvensyen GLC 2026 perkukuh prestasi, tadbir urus Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menyifatkan Konvensyen Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah 2026 sebagai langkah strategik dalam memperkukuh keupayaan, profesionalisme dan prestasi GLC di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratip berkata, konvensyen anjuran Human Resource Development Corporation (HRD Corp) itu merupakan penganjuran pertama di Sabah melibatkan agensi persekutuan, sekali gus menghimpunkan semua GLC negeri dalam satu platform pembangunan modal insan.

“Penganjuran konvensyen ini bertujuan memberi pendedahan, pengalaman serta pengetahuan baharu kepada semua warga kerja GLC di Sabah agar perkhidmatan yang diberikan lebih cekap, berkesan dan berdaya saing.

“Ia penting bagi mengingatkan semua GLC di Sabah supaya terus memberikan perkhidmatan dan menghasilkan prestasi yang baik kepada organisasi masing-masing,” katanya ketika merasmikan Konvensyen GLC Sabah 2026, di sini pada Khamis.

James turut mencadangkan agar program seumpamanya dianjurkan secara berkala sama ada setiap bulan, dua bulan atau tiga bulan sekali bagi memastikan pembangunan kapasiti dan peningkatan kemahiran kakitangan GLC dapat dilaksanakan secara berterusan.

“Usaha itu selari dengan seruan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, supaya semua GLC negeri mengemukakan laporan prestasi setiap tiga bulan bagi memastikan tadbir urus yang telus dan berkesan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menggesa HRD Corp agar terus memainkan peranan aktif dengan menyediakan kursus dan latihan khusus kepada semua GLC di Sabah, terutama dalam aspek pembangunan sumber manusia dan peningkatan kualiti perkhidmatan.

“Saya menggalakkan kerjasama yang melibatkan sektor swasta di Sabah, khususnya lebih 6,000 premis perniagaan seperti restoran, syarikat perkakasan dan industri kayu untuk menyertai program latihan dan konvensyen anjuran HRD Corp.

“Masih terdapat kelemahan dari segi disiplin dan etika perkhidmatan pelanggan, terutamanya dalam industri restoran. Melalui kursus yang dianjurkan HRD Corp, pekerja dapat diberi pendedahan mengenai disiplin kerja dan cara melayan pelanggan secara profesional,”tegasnya.

Tambahnya, latihan yang sistematik bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan, malah membantu membentuk budaya kerja yang lebih berdisiplin dan berdaya saing dalam pelbagai sektor industri di Sabah.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH