TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks.

Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Datuk Dickson Dollah berkata, penubuhan institut itu mencerminkan peranan signifikan sektor swasta sebagai rakan strategik kerajaan.

Menurutnya, kerjasama itu penting dalam melahirkan pelaut yang kompeten, berdisiplin dan berdaya saing demi memastikan keselamatan pelayaran serta pematuhan undang-undang antarabangsa terpelihara.

“Dalam landskap industri perkapalan moden, kecekapan operasi dan keselamatan amat bergantung kepada kualiti latihan.

“Justeru, kewujudan institusi dilengkapi kemudahan moden bukan lagi satu pilihan, sebaliknya keperluan bagi menjamin standard kompetensi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen dan Pelancaran Simulator TCCS Marine Sdn Bhd pada Rabu.

Mengulas mengenai pelancaran Pusat Simulator tersebut, Dickson menyifatkan ia sebagai inisiatif strategik meningkatkan keberkesanan latihan menerusi pendedahan senario operasi sebenar.

“Pendekatan ini membolehkan pelatih mengasah keupayaan membuat keputusan dan pengurusan risiko dalam persekitaran terkawal,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Bahagian Kawalan Industri Maritim, Jabatan Laut Malaysia, Mohammad Marzuki Berahim; Pengarah Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Bianus Muyou; Controller, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Lt.Col.Ding Tiew Wong; Pengarah Urusan TCCS Marine Sdn Bhd, James Ho; dan Pengarah Latihan TCCS Marine Sdn Bhd, Kapt.Budyuzaman Abu Seman.

Related Posts

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18