Ramai hantar permohonan sertai semula UMNO, KJ belum lagi – SU UMNO

KUALA LUMPUR – UMNO menerima banyak permohonan daripada bekas ahlinya yang berhasrat untuk kembali menyertai semula parti tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan, setakat ini pihaknya masih belum menerina permohonan rasmi daripada bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula UMNO.

Menurutnya, permohonan berkenaan akan diteliti mengikut keputusan dan resolusi parti selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

“Saya sebagai Setiausaha Agung, saya boleh beritahu bahawa memang kita menerima banyak permohonan dan kita memang meraikan semua.

“Kalau kita faham daripada ucapan dasar Presiden, rumah ini terbuka untuk semua. Semua sekali kerana semua ini asal daripada rahim UMNO,” katanya ketika sidang media sewaktu meninjau operasi Bilik Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajid ketika ditanya siapa antara bekas ahli UMNO yang kini dalam radar untuk kembali ke pangkuan parti, mengakui bilangannya ramai, namun memilih untuk tidak mendedahkan siapa individu berkenaan.

Apa pun, beliau mengakui penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dicadangkan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam antara lain berpotensi membantu UMNO untuk menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya nanti.

Tambahnya, pengenalan sesuatu agenda adalah penting dan mestilah selaras matlamat parti iaitu untuk memenangi pilihan raya.

“Paling penting mana-mana parti politik akhirnya perlu menang pilihan raya untuk memastikan agenda dan juga matlamat penubuhan parti itu tercapai.

“Apa matlamat UMNO? Apa pun untuk pastikan kepentingan agenda agama, bangsa dan juga tanah air. Tanah air ini bukan saja dalam konteks orang Melayu, Bumiputera tetapi juga rakyat berbilang kaum kerana UMNO satu-satunya parti amat memahami dan mengerti,” katanya.

Tambah beliau, UMNO tidak menetapkan sebarang syarat atau kaedah khusus bagi kemasukan semula individu ke dalam parti menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

“Dalam konteks ini, UMNO perlu mempunyai kuasa. UMNO perlu menang banyak kerusi dalam pilihan raya. Jadi apa yang kita bincangkan dalam PAU sebagai satu proses muhasabah untuk menguatkan parti kita.

“Kalau Rumah Bangsa boleh menguatkan parti kita, janganlah pihak lain rasa ragu dan takut. Kita tidak berhasrat apabila kita kuat kita akan mendiskriminasi atau mengeksploitasi orang lain kerana UMNO bukan sifatnya begitu,” katanya.

Menyentuh prospek kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU16, beliau berkata perkara itu belum diputuskan lagi.

“Ini kerana, fokus parti ketika ini adalah mengukuhkan kerajaan sedia ada bagi memastikan kestabilan pentadbiran negara. Kita tidak ada apa-apa keputusan berkenaan dengan itu,” katanya.

Related Posts

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KUANTAN – Tindakan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar PKR dan mengetuai Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan kedua bekas pemimpin parti itu masih merajuk. Ketua Cabang PKR Paya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak mengecam tindakan bekas Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang mengosongkan kerusi Parlimen Pandan kerana disifatkan mengkhianati mandat rakyat demi kepentingan politik peribadi. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti