DPA dijangka dibawa ke Parlimen bagi pemulihan aset negara

PERJANJIAN Pendakwaan Tertangguh (DPA) kini berada di tahap akhir semakan di Jabatan Peguam Negara dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.

Langkah ini bertujuan memperkukuhkan mekanisme pemulihan aset negara daripada individu atau syarikat yang melakukan kesalahan jenayah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan, penyediaan akta berkaitan DPA perlu dipercepatkan bagi memastikan aset yang dirampas dapat dipulihkan secara lebih berkesan.

Beliau berkata, mekanisme ini khusus untuk pihak yang terlibat dalam jenayah seperti rasuah dan pengubahan wang haram, dan tidak terpakai kepada urusan perniagaan biasa seperti kutipan cukai.

“Isu DPA berada pada peringkat Peguam Negara sekarang, yang saya percaya peringkat akhir.

“Saya memang hendak akta ini secepat mungkin dibawa ke Parlimen… paling tidak pada sesi penggal kedua dibentangkan untuk mendapat keputusan daripada Ahli Parlimen.

“Ia penting kerana kita perlu bergerak ke hadapan dalam hal kita mempunyai kaedah lebih baik untuk mendapatkan kembali aset daripada penjenayah,” katanya pada sidang media khas, di Putrajaya hari ini.

Azam memberi contoh pelaksanaan DPA bagi syarikat yang mencemarkan alam sekitar, di mana mereka perlu memulihkan kawasan terjejas menggunakan kos sendiri, membayar pampasan kepada mangsa, serta membayar penalti kepada kerajaan melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama Peguam Negara.

“Contohnya, kalau kes membabitkan pencemaran alam sekitar, satu undang-undang jenayah… kalau ada DPA ini, antara kebaikannya ialah syarikat terbabit perlu bertanggungjawab, pertama untuk memulihkan sungai berkenaan dengan kos mereka.

“Kedua, syarikat itu juga perlu membayar pampasan kepada mereka yang mengalami kecederaan dalam isu pencemaran berkenaan.

“Selain itu, perlu membayar penalti kepada kerajaan dengan satu penyelesaian yang dipersetujui antara Peguam Negara dengan pihak yang membuat kesalahan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa DPA membolehkan pendakwaan dijalankan tetapi ditangguhkan apabila pihak yang bersalah bersetuju dengan penyelesaian, termasuk pemulihan aset yang kemudian diserahkan kembali kepada kerajaan.

“Maknanya, ada pendakwaan boleh dijalankan tetapi ditangguhkan dengan penyelesaian tertentu, yang akhirnya ada juga pemulihan aset dibuat untuk dikembalikan kepada kerajaan,” katanya.

Berhubung siasatan terhadap seorang bekas menteri, Azam berkata proses masih berjalan dan memerlukan beberapa minggu lagi sebelum diselesaikan.

“Kes itu masih berjalan dan pegawai saya memerlukan sedikit masa, mungkin satu atau dua minggu dari sekarang untuk menyiapkan siasatan,” katanya.

Beliau menambah bahawa SPRM tidak boleh mendedahkan identiti bekas menteri tersebut atau butiran lanjut berkaitan kes, meskipun siasatan membabitkan suapan kira-kira RM5 juta dan kereta mewah berkaitan projek iklan serta pemindahan tanah di ibu negara.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu