Penganggur ditahan miliki 228 biji pil Nospan

MUKAH – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas polis menemui 228 biji pil disyaki jenis Nospan dalam serbuan di sebuah bilik sewa di kawasan Pasar Lama Mukah, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 37 tahun yang tidak bekerja itu ditahan kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat dan risikan mengenai aktiviti pengedaran bahan terlarang di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut telah menemui 38 peket plastik lutsinar yang mana setiap satunya mengandungi enam biji pil berwarna putih disyaki Nospan.

“Jumlah keseluruhan pil yang dirampas adalah sebanyak 228 biji dengan nilai anggaran RM380,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Muhamad Rizal berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

“Suspek kini direman selama dua hari sehingga 9 Januari depan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Related Posts

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kenderaan bertembung, dua maut

KUANTAN – Dua maut manakala seorang dilaporkan cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Gambang–Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan dekat sini, tengah hari tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan