Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan demi elak tekanan perbelanjaan isi rumah

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk tidak membebankan orang ramai dengan bertindak mengurangkan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, perkara tersebut demo mengelakkan tekanan tambahan terhadap perbelanjaan isi rumah rakyat.

Menurut beliau, keutamaan kerajaan ketika ini ialah menganalisis data yang dikumpul sejak pelaksanaan program BUDI95 bagi menilai keberkesanannya.

“Kita perlu menganalisis data terlebih dahulu bagi mengenal pasti sebarang penggunaan luar biasa yang berpotensi sebelum mempertimbangkan perubahan terhadap parameter.

“Ia merupakan satu perubahan yang besar buat negara, justeru kami tidak ingin melakukan terlalu banyak pelarasan dalam tempoh jangka pendek.

“Bagi kuota 300 liter BUDI95, data kerajaan menunjukkan purata penggunaan kira-kira 83 liter sebulan, dan 90 peratus penerima menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sembang santai bertajuk Balancing growth, fiscal and the global pada Hari Korporat Tahunan Malaysia ke-18 anjuran CGS International, pada Rabu.

Dalam pada itu, Johan Mahmood memaklumkan  kerajaan buat masa ini tidak akan melaksanakan program subsidi yang lebih bersasar mengikut kelas pendapatan meskipun terdapat cadangan untuk mekanisme lebih tepat.

“Kita perlu menumpukan usaha untuk menghapuskan kebocoran terlebih dahulu sama ada daripada pengguna warga asing atau syarikat yang mengunakan bahan api bersubsidi,” katanya.

Tambahnya, kerajaan memberi tumpuan utama bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memanfaatkan BUDI95, daripada terlibat dalam perdebatan panjang.

“Sama ada kita perlu mewujudkan mekanisme berperingkat, contohnya individu berpendapatan melebihi RM20,000 tidak lagi menerima manfaat ini, perkara itu tidak dibincangkan buat masa ini, ” katanya.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam