Impak landskap geopolitik global terhadap harga minyak mentah dipantau kerajaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus memantau perkembangan geopolitik global, khususnya situasi di Venezuela, berikutan potensi implikasinya terhadap harga minyak mentah dunia.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican menegaskan bahawa semua sasaran yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2026 diyakini dapat direalisasikan.

“Menerusi reformasi fiskal yang dilaksanakan kerajaan, kita telah secara berperingkat mengurangkan kebergantungan kepada hasil berkaitan minyak bagi kedudukan fiskal negara.

“Oleh itu, kita kekal yakin bahawa sasaran yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 dapat dicapai di sebalik situasi dunia yang berlaku setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Hari Korporat Tahunan Malaysia ke-18 anjuran CGS International 2026, pada Rabu.

Sementara itu, dalam satu sesi panel bertajuk Keseimbangan Pertumbuhan, Fiskal dan Global, Johan menegaskan bahawa kerajaan yakin untuk mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 3.8 peratus bagi tahun 2025.

Namun, beliau berkata terdapat potensi penambahbaikan defisit fiskal untuk merekodkan 3.7 peratus pada tahun berkenaan, berbanding sasaran asal 3.8 peratus, tertakluk kepada data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat.

“Apabila kami menyemak semula anggaran pertumbuhan KDNK pada Julai tahun lalu dan menurunkannya kepada antara 4.0 hingga 4.8 peratus, ia banyak dipengaruhi oleh prestasi separuh pertama tahun berkenaan, iaitu pertumbuhan 4.4 peratus bagi dua suku pertama.

“Diakui, pertumbuhan suku ketiga pada kadar 5.2 peratus sememangnya satu kejutan yang positif. Sekiranya momentum ini berterusan pada suku keempat, kita berpotensi berada di hujung atas julat berkenaan, mungkin sekitar 4.8 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, Johan berkata terdapat kemungkinan ruang penambahbaikan sederhana bagi kadar defisit fiskal tahun 2025.

“Saya baru sahaja mengesahkan bahawa kita sepatutnya berada di landasan yang betul untuk 3.8 peratus. Beliau (moderator) bertanya soalan teori — jika pertumbuhan lebih tinggi, itu adalah matematik.

“Tetapi saya fikir perkara utama ialah kerajaan yakin kita akan mencapai sasaran 3.8 peratus (defisit fiskal) bagi 2025,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji