Pahang, Bubbles O2 teroka sumber air bawah tanah

KUANTAN – Satu lagi projek membabitkan pelaburan strategik berjaya direalisasikan menerusi kerjasama Kerajaan Pahang dan Bubbles O2 Sdn Bhd.

Kerjasama strategik itu menyaksikan syarikat berkenaan melabur kira-kira RM20 juta bagi melaksanakan projek cari gali sumber air bawah tanah di kawasan milik Yayasan Pahang, dekat Gambang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perbincangan mengenai kerjasama itu dilakukan kira-kira 15 bulan lalu dan ia menjadi kenyataan hari ini.

“Pelaksanaan projek ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dasar, kecekapan tadbir urus serta keupayaan Pahang dalam merancang pembangunan ekonomi secara tersusun dan berimpak tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Cari Gali Sumber Air Bawah Tanah di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Nazri Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi.

Beliau menjelaskan, perbincangan asal berkaitan pelaburan itu dilakukan di Dubai sebelum pihak Bubbles O2 mengemukakan pelan bagi pelaksanaan projek berkenaan pada Mei tahun lalu.

“Maknanya, dalam masa antara 15 bulan hingga pembentangan dilakukan Bubbles O2, maka hari ini ia sudah menjadi kenyataan.

“Ini adalah hasrat dan aspirasi kita… sebagai kerajaan, kita mahu mempermudahkan proses birokrasi supaya membuka ruang lebih mudah kepada pelabur datang dan membuat pelaburan di Pahang,” jelasnya.

Wan Rosdy dalam masa yang sama menegaskan, kerajaan negeri kekal komited memacu pembangunan ekonomi mampan dan bernilai tinggi selaras dengan Aspirasi Pahang 1st.

Katanya, projek ini dijangka merancakkan ekosistem industri sokongan setempat serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial di kawasan sekitar.

“Penghargaan turut dizahirkan kepada Yayasan Pahang, Bubbles O2 Sdn Bhd, Invest Pahang serta semua pihak terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam merealisasikan projek ini,” katanya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak