Pas tunggang Titah Adendum demi alih perhatian ‘drama’ kerajaan Perlis

PUTRAJAYA – Pas yang ketika ini memainkan isu Titah Adendum berkenaan Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai cubaan terancang mengalih perhatian selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mahu menarik sokongan terhadap Menteri Besarnya.

Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain berkata, Pas ketika ini memanipulasi isu tersebut bertujuan mengaburi kegagalan dan ketidaktentuan pentadbiran kerajaan Perlis di bawah Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, isu rayuan Najib sengaja dijadikan bahan politik dan tajuk utama bagi menutup hakikat bahawa kerajaan negeri Perlis sedang berdepan keruntuhan kepercayaan, kelemahan pentadbiran serta ketidaksefahaman dalaman yang semakin ketara.

“Sejak awal lagi, Amanah Johor telah menjangkakan bahawa Kerajaan Negeri Perlis di bawah PN tidak akan mampu bertahan secara stabil.

“Ini memandangkan wujud pelbagai petanda awal berkaitan kegagalan tadbir urus, pertelagahan dalaman dan kerapuhan kepimpinan,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Lebih membimbangkan, Zuhan berkata, kerosakan dan kepincangan pentadbiran iti dipercayai berlaku dalam Pas sendiri melibatkan perebutan kuasa, perbezaan hala tuju dan ketidakmampuan menyelesaikan konflik dalaman secara matang.

“Situasi tersebut akhirnya memberi kesan langsung kepada kestabilan kerajaan negeri dan kebajikan rakyat Perlis,” katanya.

Dakwanya, keadaan yang berlaku di Perlis juga membuktikan PN adalah sebuah gabungan yang terlalu rapuh, tidak kukuh daripada segi kesepaduan serta gagal mengurus perbezaan dalaman dengan berhemah.

“Amanah Johor menegaskan apa yang sedang berlaku ini jelas menunjukkan PN tidak benar-benar fokus membantu rakyat.

“Sebaliknya, Pas lebih sibuk mencatur kuasa, mempertahankan kepentingan politik sempit dan berpolitik tanpa henti walaupun rakyat memerlukan penyelesaian masalah kehidupan seharian,” katanya.

Pada Isnin, kedudukan Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis dikatakan goyah selepas beberapa ADUN didakwa menarik sokongan terhadapnya.

Berdasarkan maklumat, sekurang-kurangnya lapan daripada 14 ADUN PN setakat ini dikatakan sudah menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Mohd Shukri, sekali gus mencetus spekulasi kemungkinan berlaku pertukaran Menteri Besar dalam masa terdekat di Perlis.

Related Posts

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berautoriti menyelesaikannya mengikut saluran sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

KUALA LUMPUR – Datuk Azrin Khairi hari ini dimasyhurkan sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 menerusi Istiadat Menghadap di Istana Besar Seri Menanti, di sini, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu