Tiada larangan pemegang sijil halal guna dekorasi perayaan bukan Islam

PUTRAJAYA – Tiada larangan oleh kerajaan terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ia perlu tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk tidak menjejaskan prinsip halalan thoyyiban.

Beliau berkata, dekorasi, imej, hiasan dan ilustrasi yang berhubungan dengan perayaan selain daripada agama Islam pada produk makanan yang bersifat tidak kekal, turut dibenarkan.

“Penggunaan peralatan sembahan adalah tidak dibenarkan dan dekorasi serta hiasan premis juga tidak membabitkan paparan SPHM serta imej Logo Halal SPHM.

“Ia selaras dengan keputusan telah dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2023, bahawa tiada larangan terhadap pemegang SPHM untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Sehubungan itu, Zulkifli berkata, keputusan terbabit adalah terpakai kepada isu dekorasi hiasan perayaan selain Islam di bahagian dapur atau outlet hotel yang mempunyai SPHM.

“Sifat saling menghormati kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia adalah sebahagian daripada identiti masyarakat majmuk di negara ini, justeru, pihak industri digalakkan untuk terus mematuhi piawaian halal sedia ada tanpa mengetepikan aspek keharmonian kaum.

“Pihak hotel dan premis makanan yang memiliki SPHM juga dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa pensijilan halal berkaitan, bagi mendapatkan penjelasan serta panduan tepat dari semasa ke semasa demi memastikan pematuhan berterusan kepada piawaian halal negara.

“Krjasama erat antara pihak berkuasa agama Islam negeri bersama JAKIM serta pemain industri amat penting bagi memastikan pelaksanaan dasar dan garis panduan halal dilaksanakan secara berhemah, di samping sentiasa mengambil kira kepentingan umat Islam dan keharmonian masyarakat keseluruhannya,” katanya.

Related Posts

Jangan biarkan ‘bom jangka’ Rohingya jadi bom nuklear – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR — Isu pengurusan pelarian Rohingya di Malaysia perlu ditangani secara lebih tegas dan adil bagi mengelakkan masalah berkenaan terus membesar sehingga memberi kesan kepada keselamatan, politik dan fabrik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pendapatan pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu