Cadangan tambah bantuan wang ihsan banjir dibawa ke Kabinet

KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa cadangan menambah kadar bantuan wang ihsan (BWI) kepada mangsa banjir ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, jumlah BWI disediakan kerajaan ketika ini adalah sebanyak RM1,000.

“Saya akan membawa cadangan ini ke mesyuarat Kabinet dalam mesyuarat akan datang, bersaksikan Menteri Pendidikan, namun perkara ini bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar di sini, petang tadi.

Seramai 1,464 mangsa banjir ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka sejak Isnin.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan melaksanakan inisiatif baharu dengan menyalurkan BWI kepada mangsa banjir ketika mereka masih berada di PPS.

Menurutnya, pembayaran awal itu membolehkan ketua keluarga menggunakan bantuan bagi tujuan segera termasuk kerja pembersihan rumah, membaiki peralatan rosak serta membeli barangan keperluan asas.

“Sebelum ini, bantuan wang ihsan diagihkan selepas mangsa pulang dari PPS, namun kini bantuan diserahkan ketika mereka masih berada di PPS.

“Kita memahami terdapat mangsa yang memerlukan bantuan kewangan segera, justeru kerajaan merasakan langkah ini perlu dipercepatkan,” jelasnya.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini 77 peratus bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di seluruh negara telah berjaya disalurkan, manakala baki 23 peratus lagi akan diselesaikan secara berperingkat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ditanya mengenai kemungkinan mangsa banjir berulang menerima BWI, Ahmad Zahid berkata, setiap mangsa layak menerima bantuan wang ihsan sekiranya terlibat dengan bencana banjir selepas tempoh tiga bulan menerima bantuan kali pertama.

“Perkara ini diuruskan oleh NADMA dan mangsa boleh menerima bantuan wang ihsan sekiranya dilanda banjir semula dalam tempoh melebihi tiga bulan,” katanya.

Related Posts

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun