Stor Strategik ESSCOM perkukuh logistik, kesiapsiagaan keselamatan ESS Zone

LAHAD DATU – Projek siap Stor Strategik ESSCOM dilihat mampu memperkukuh keupayaan logistik dan kesiapsiagaan aset keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, projek menaik taraf itu adalah milik Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui ESSCOM dengan nilai RM288,388 yang disiapkan oleh syarikat kontraktor tempatan Sabah.

“Penyerahan projek siap ini bakal meningkatkan keupayaan logistik ESSCOM meliputi aspek penyimpanan aset-aset taktikal dan strategik ESSCOM serta mengoptimumkan pengoperasian ESSCOM dan Pasukan Keselamatan merangkumi domain darat, maritim dan udara.  

“Ia juga meningkatkan keupayaan logistik dan ketersediaan (readiness) aset-aset taktikal dan strategik ESSCOM di ESS Zone sejajar perancangan ESSCOM di bawah Projek Pembangunan Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), Tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis penyerahan Stor Strategik ESSCOM di Kompleks Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, di sini, pada Selasa.

Difahamkan, projek ini telah dimulakan pada 6 Oktober tahun lalu dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) berjaya dikeluarkan pada Sabtu lepas mengikut masa yang telah ditetapkan setelah pengujian keseluruhan sistem dilaksanakan.

Jenis kerja-kerja yang dijalankan ialah menaik taraf ruang stor, ruang rehat operator stor, pagar keselamatan dan kaunter urusan dan rak penyimpanan item teknikal.

Jelas Victor, projek ini turut membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kesiapsiagaan aset keselamatan negara, mempertingkatkan keupayaan taktikal pasukan keselamatan dan memastikan kedaulatan serta keselamatan negara terus terpelihara.

“Pelaksanaan projek-projek ini merupakan inisiatif yang sangat kritikal dalam usaha untuk memperkukuh kawalan sempadan di ESS Zone dengan risiko pencerobohan kumpulan anasir asing atau penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang tidak diingini disasarkan kepada sifar selain berterusan membantu agensi-agensi penguatkuasaan yang lain mengekang  aktiviti jenayah rentas sempadan di kawasan ini,” katanya.

Menurut Victor, ESSCOM melalui Operasi SANGGAH bersama-sama ATM, PDRM dan APMM serta agensi penguatkuasaan yang lain akan kekal memastikan kedaulatan, keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah Timur sentiasa terpelihara.

“Kejayaan yang kita raikan hari ini adalah hasil daripada kesepaduan, disiplin dan semangat juang seluruh warga ESSCOM.

“Terima kasih kepada Pasukan Keselamatan di ESS Zone atas komitmen, pengorbanan dan keberhasilan signifikan dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat di Sabah,” ujarnya.


Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula