Perkasa wanita Sabah, KWKKR perkenal tiga program baharu

KOTA KINABALU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) terus komited memperkukuh agenda pembangunan wanita, perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan rakyat secara inklusif, membangun, relevan dan dinamik menerusi tiga program baharu.

Menterinya, Datuk Julita Mojungki berkata, antara program tersebut adalah Program JHEWA BizBloom yang memberikan latihan keusahawanan dan kemahiran asas perniagaan serta bimbingan mentor kepada pemerkasaan wanita khasnya ibu tunggal dan wanita B40.

“Kedua ialah Program Keluarga Sejahtera Wanita Unggul memberi kesedaran dan kemahiran pengurusan keluarga yang merangkumi keibubapaan, perkahwinan serta kesihatan lelaki dan wanita.

“Ketiga ialah perluasan Program GENDERasi Harmoni ke 10 daerah bagi meningkatkan kefahaman masyarakat luar bandar terhadap kesaksamaan gender, pembangunan berasaskan lensa gender, keseimbangan peranan sosial serta pembentukan komuniti yang harmoni dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sidang DUN yang ke-17 Negeri Sabah, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, peranan dan sumbangan wanita mengemudi arus pembangunan Negeri Sabah diiktiraf dan diberi keutamaan dengan penjenamaan semula kementeriannya.

Manakala dari aspek kebajikan, Julita berkata, kementeriannya akan memperkenalkan Pusat Jagaan Harian (MERPATI) pada tahun 2026.

“Pada peringkat awal, pusat ini akan dibuka di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut dan juga di Kota Kinabalu, Sandakan serta Tawau.

“Pusat ini menyediakan perkhidmatan penjagaan, sokongan dan aktiviti sosial harian,” tambahnya.

Related Posts

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

BINTULU – Penganjuran Program Satelit Program MADANI Rakyat (PMR) KEMAS Tahun 2026 Siri 3 dengan kerjasama komuniti setempat menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki tempatan maut dipercayai akibat ditikam dalam satu kejadian pergaduhan di Kilometer 12, Jalan Trans Perak, awal pagi Rabu. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng – Mufti Kedah