Bomba berjaya kawal kebakaran rumah di Marudi

MARUDI – Sebuah kebakaran rumah dilaporkan berlaku di Jalan Melur, Kampung Cina, melibatkan bangunan yang menempatkan HK Restoran, pada 11.57 pagi pada Selasa.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi ke lokasi kejadian.

“Jentera bomba tiba di lokasi dalam tempoh kira-kira dua minit berikutan jarak kejadian yang hanya sekitar satu kilometer dari balai.”

“Kebakaran dikenal pasti berlaku di aras dua sebuah bangunan empat tingkat dan melibatkan sebuah bilik yang digunakan sebagai ruang penyimpanan perabot,” menurut kenyataan itu.

Tindakan pemadaman segera oleh pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dan menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan.

Operasi pemadaman diketuai oleh Penyelia Pasukan, PBK II Jamal, manakala Pegawai Kanan Bomba di lokasi ialah Ketua Balai BBP Marudi, PPgB Jessbent Jenus. 

Seramai empat anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan keadaan di lokasi telah berjaya dikawal sepenuhnya. 

Setakat ini, tiada penglibatan agensi lain dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu