Thailand-Kemboja perlu henti provokasi bermula malam ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja menghentikan segala bentuk permusuhan serta tidak melakukan sebarang tindakan ketenteraan lanjut, termasuk penggunaan kekerasan atau menggerakkan pasukan bersenjata ke barisan hadapan, bermula 10 malam ini waktu Thailand-Kemboja (11 malam waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gesaan itu disampaikan menerusi perbualan telefon secara berasingan dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, susulan perbincangan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengambil kira ketegangan berterusan di sempadan kedua-dua negara berkenaan.

“Bagi menyokong usaha meredakan ketegangan dan meningkatkan ketelusan, Malaysia meminta penugasan Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaafar untuk memantau situasi di lapangan.

“Misi ini akan turut disokong oleh pemantauan satelit yang disediakan oleh kerajaan AS, bermula pada waktu yang sama,” kata, lapor Bernama.

Anwar berkata, dapatan pemantauan lapangan dan satelit itu akan dikumpulkan AOT dan dibentangkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.

Beliau berkata, laporan itu akan memberikan gambaran objektif mengenai situasi semasa, termasuk kedudukan kedua-dua pihak demi kepentingan akauntabiliti, pembinaan keyakinan serta pemeliharaan keamanan dan kestabilan serantau.

“Malaysia kekal fokus untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan ASEAN dan komuniti antarabangsa bagi memastikan dialog, sikap bertenang dan diplomasi terus menjadi landasan utama (dalam menangani sebarang ketegangan serantau),” jelasnya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan