Rafizi cakap tak serupa bikin – Pemerhati politik

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, menyifatkan pendedahan terbaharu Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa anggota parti itu sebagai tindakan ‘cakap tak serupa bikin’, yang didakwa penuh dengan keganjilan dan percanggahan.

Raggie berkata, beliau tidak melihat keselarasan antara dakwaan Rafizi dengan tindak tanduk dan ucapan bekas menteri itu sebelum serta selepas pemilihan PKR, khususnya ketika siri kempen Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK).

“Ketika jelajah itu, Rafizi sendiri kata dia tak peduli lagi dan menuduh Anwar cuba mencantasnya. Kalau masa itu dia sudah ‘bakar jambatan’, mengapa tidak dedah mengenai siasatan SPRM ini? Kenapa hanya selepas kalah dan letak jawatan baru hendak cerita?” katanya.

Menurutnya, kenyataan Rafizi yang mendakwa beberapa calon ‘yang melawan Nurul Izzah’ menjadi sasaran SPRM menimbulkan persoalan lebih besar apabila laporan media turut memetik Rafizi sebagai berkata, beliau menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membangkitkan tindakan SPRM terhadap seorang calon yang membeli rumah lelong secara tunai.

“Jika benar Rafizi meminta Anwar menyampaikan kepada SPRM supaya tidak kepung rumah orang itu, itu sendiri adalah permintaan campur tangan. Bukankah selama ini Rafizi menolak campur tangan politik dalam badan penyiasat?” katanya.

Beliau berkata, jika benar berlaku salah laku atau prosedur yang tidak wajar oleh SPRM, saluran sewajarnya adalah laporan rasmi, bukan meminta arahan daripada pemimpin kerajaan.

Raggie turut mempertikai alasan Rafizi bahawa beliau hanya membangkitkan isu secara dalaman atas ‘adab organisasi’.

“Rafizi sendiri ketika jelajah sudah tuding jari Anwar mencantasnya dan menggambarkan wujud perancangan menaikkan individu tertentu. Jadi alasan kononnya beliau diam demi adab organisasi langsung tak kena dengan apa yang dia buat. Itu lagi satu percanggahan,” katanya.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled