Pemandu, kelindan treler maut dihempap kenderaan berat di Miri

MIRI – Satu kemalangan maut dilaporkan berlaku di Jalan Pujut 1B berdekatan Bulatan Saberkas, Miri pada petang semalam dan mengorbankan seorang pemandu dan seorang kelindan lori treler.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4:15 petang melibatkan sebuah lori treler yang membawa muatan lori tipper.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata dalam kenyataan media mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, lori treler yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun bersama kelindan berusia 44 tahun cuba berhenti di persimpangan lampu isyarat apabila muatan kenderaan berat jenis lori tipper yang dibawa mereka menggelongsor menghempap kepala treler hingga remuk. 

“Lori treler tersebut datang dari arah Bulatan Saberkas menuju ke Jalan Miri Bypass.

“Ketika tiba di Jalan Pujut 1B, lori treler yang dipandu mangsa telah dihempap di bahagian hadapan oleh sebuah lori tipper semasa pemandu lori tipper memberhentikan kenderaannya di lampu isyarat Jalan Pujut 1B,” ujar beliau.

Sementara itu, pemandu dan kelindan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis merayu kepada mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil ke hadapan. Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Faizul bin Ab. Rahim di talian 014-8582582 atau 085-430479, atau ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

Selain itu, pihak polis turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan bagi mengelak bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Foto: Facebook Polis Daerah Miri

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah